Selamat Datang Ke Portal Rasmi PASTI Negeri Perak

    Ingin Belajar Di Pasti Sekitar Negeri Perak ?


PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ni. Kelas-kelas PASTI di semua negeri terus bertambah dari sehari ke sehari. Kini, tadika PASTI telah diiktiraf oleh pelbagai pihak dan dianggap prasekolah berteraskan Islam yang terbaik di MalayaCetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an.

Jom Daftar Di Pasti Perak


Pendaftaran Murid Online


  • Visi

    Melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Malaysia melalui pendidikan prasekolah berteraskan Islam.

  • Misi

    Melaksanakan program pendidikan yang cekap,berkualiti dan berkesan bagi menjadikan PASTI pilihan utama masyarakat Malaysia.

  • Kepakaran

    Mempunyai ramai guru-guru yang hebat dan berwibawa

Lagu Rasmi Pusat Asuhan Tunas Islam

Didikan Tunas Pelaburan Akhirat

Berita Terkini Dari PASTI Perak


Dapatkan berita terkini dari kami
Artikel 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗚𝗘𝗠𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 Oleh Pasti Negeri Perak / Jan 23, 2025

19 Jan 2025, Kuala Kangsar : Melabuhkan tirai sesi persekolahan 2024/2025, warga PASTI Perak telah diraikan kesungguhan dan usaha gigih dalam satu majlis gilang gemilang yang penuh bermakna. Majlis yang diadakan di USAS Resort Kuala Kangsar pagi ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Akmal bin Kamaruddin (Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perak merangkap ADN Selama). Hadir sama YB Ustaz Mohd Hafez Sabri (Ketua Pemuda PAS Perak merangkap ADN Manjoi), YB Ustaz Zulfadli Hj Zainal (Tim. Ketua Pemuda PAS Perak), Ust Syukri Alimar Shidi (Ketua Sektor Pendidikan DPPN Perak), Ustaz Luqman Khairi (Pengarah PASTI Perak) dan YB Berhanuddin Ahmad (YDP PAS Kuala Kangsar merangkap ADUN Manong).
Majlis yang telah diceriakan dengan persembahan sajak dari adik Muhammad Khasyi’ Ziyad bin Muhammad Nasrul Afiq dari PASTI Parit Buntar yang telah mewakili PASTI Perak ke Alama Ria PASTI Malaysia.
Pelbagai anugerah telah disampaikan seperti berikut :
Anugerah PASTI Kawasan Terbaik : PASTI Kawasan Taiping
Anugerah MGP Kawasan Terbaik : Majlis Guru PASTI Kawasan Gerik
Anugerah PASTI Cawangan Terbaik : PASTI Al-Ilmi Gerik
Anugerah Jurulatih Utama ILPM PASTI Perak : Harnany binti Adnan (JU PASTI Ipoh Timur)
Anugerah Pengurus PASTI Cawangan Paling Lama Berkhidmat : Azmi bin Abdul (Pengurus PASTI AL-Falah Taiping)
Anugerah Bintang Alumni PASTI (Kategori Rendah) : Muhammad Khalif bin Khairul Azmin
Anugerah Bintang Alumni PASTI (Kategori Menengah) : Ibroh Nawwaarah binti Mohd Faris
Johan Pertandingan 3K (Kategori Rumah Kediaman) : PASTI Al-Haq, Kuala Kangsar.

Anugerah PASTI Cawangan Istiqamah :
1.PASTI An-Najah, Parit Buntar -1984
2.PASTI Al-Islah, Gerik -1985
3.PASTI Al-Harakiah, Tambun-1985
4.PASTI Al-Khairiah, Beruas -1986
5.PASTI Ibnu Sina, Teluk Intan. -1986
6.PASTI Al-Hidayah, Bagan Datuk. -1987
7.PASTI Al-Hilal, Tg. Malim -1987
8.PASTI Al-Munir, Gerik -1988
9.PASTI Nurul Ehsan, Bukit Gantang - 1988
10.PASTI Nurul Islam, Kuala Kangsar. -1988
11.PASTI Saidina Abu Bakar, Parit -1988
12.PASTI Nurul Iman, Pasir Salak -1988
13.PASTI Ammar, Gopeng.-1989
14.PASTI Al-Ikhwan, Bagan Datuk. -1989
15.PASTI Al-Muttaqin, Tambun -1989

Seterusnya berikut adalah penerima Anugerah Mumtaz PASTI Negeri Perak :
1.Siti Humaira binti Mohd Faizan-Gerik
2.Damia’ Aqilah bt Saiful Arif-Lenggong
3.Musfiratuzzahra’ binti Mohd Shufi-Larut
4.Muhammad Khasyi’ Ziyad bin Muhammad Nasrul Afiq-Parit Buntar
5.Muhammad Ilham bin Norul Amin-Bagan Serai
6.Irfan Naufal bin Abdullah Sani-Taiping
7.Asma’ Mardhiyyah binti Muhammad Faisal-Bukit Gantang
8.Muhammad Anas bin Hasrulhizat-Padang Rengas
9.Nur Afiah Mardhiah binti Amin-Sungai Siput
10.Muhammad Hafiz Mirza bin Suhaidi -Tambun
11.Ahmad Yafie Imran bin Muhammad Hafiz-Ipoh Timur
12.Dahlia Hanani binti Muhammad Bazli Amin Mokhsin-Ipoh Barat
13.Syarifah Amjad Khayla binti Syed Mohd Azli -Batu Gajah
14.Ilya Huda binti Mohamad Nazirul Mubin-Kuala Kangsar
15.Nur Insyirah binti Muhamad Aswan-Beruas
16.Muhammad Fardhan Zuhri bin Ikhsannudin-Parit
17.Falisha Aneesa binti Mohd Faizzul-Lumut
18.Muhammad Adib Iman bin Khairul Nizam-Kampar
19.Safa Aqilah binti Solahuddin-Gopeng
20.Muhammad Amir Amanullah bin Amli-Tapah
21.Muhammad Ziyad Fahmi bin Aimran-Teluk Intan
22.Nur Eishal Mayesa binti Mohammad Rafaei-Pasir Salak
23.Ammar Yasir bin Muazli Hafiz-Tanjung Malim
24.Nur Adelia Zalfa binti Tajul Ariffin-Bagan Datuk
Tokoh Murid PASTI Perak : Irfan Naufal bin Abdullah Sani-Taiping

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga terus cemerlang pada masa akan depan.

baca lagi
Artikel 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗥𝗜𝗔 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗖𝗨𝗡𝗚𝗞𝗜𝗟 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗦𝗜 𝗖𝗜𝗟𝗜𝗞 Oleh Pasti Negeri Perak / Jan 14, 2025

17 November 2024 : Alam Ria PASTI Negeri Perak 2024 yang diadakan di Bukit Merah Laketown Resort melibatkan penyertaan 24 PASTI kawasan seluruh negeri Perak telah berlangsung dengan meriahnya. Para peserta juga masing-masing telah mempamerkan persaingan yang hebat dengan kebolehan bakat masing-masing.
Antara yang menarik perhatian adalah Taiping terus berjaya mempertahankan kedudukan Johan Keseluruhan. Sementara itu Pasir Salak turut terus mengekalkan Johan bagi acara Kalam Jamaie, manakala acara Nasyid menyaksikan pesaing tradisi dinafikan oleh wajah baharu iaitu dari Gerik.
Walau apa pun keputusannya, sesungguhnya semua anak PASTI sangat istimewa dan hebat!
Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YB Hj Razman bin Zakaria (Pesuruhjaya PAS Perak merangkap ADUN Gunung Semanggol). Hadir sama menyampaikan ucapan adalah YB Ustaz Hafez Sabri (Ketua Pemuda PAS Perak merangkap ADUN Manjoi) dengan diiringi pimpinan Pemuda PAS Perak serta Ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri Perak.
Berikut adalah keputusan penuh pertandingan :
👉 Pidato
1.Taiping
2.Bagan Serai
3.Kuala Kangsar
👉Sajak Lelaki
1.Parit buntar
2.Taiping
3.Tapah
👉Sajak Perempuan
1.Parit Buntar
2.Bagan Serai
3.Teluk Intan
👉Azan
1.Parit
2.Gopeng
3.Gerik
👉Bercerita Lelaki
1.Bagan Serai
2.Lenggong
3.Taiping
👉 Bercerita Perempuan
1.Teluk intan
2.Taiping
3.Kuala Kangsar
👉Khutbah
1.Gopeng
2.Parit
3.Tanjung Malim
👉Hafazan Lelaki
1.Taiping
2.Parit
3.Pasir Salak
👉Hafazan Perempuan
1.Ipoh Barat
2.Tanjung Malim
3.Beruas
👉Kalam Jamaie
1.Pasir Salak
2.Teluk Intan
3.Lenggong
👉Nasyid
1.Gerik
2.Parit buntar
3.Bagan Serai
🏆JOHAN KESELURUHAN
Taiping


baca lagi
Artikel 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟰 Oleh Pasti Negeri Perak / Jan 14, 2025

Tahniah kepada 20 penyertaan yang terpilih sebagai pemenang Poster Merdeka PASTI Perak 2024.
Sebanyak 98 penyertaan telah diterima dan dinilai. Hanya 20 terbaik sahaja yang dipilih dari keseluruhan penyertaan untuk menerima hadiah.
Pertandingan ini bertujuan sebagai medium penghasilan karya kreatif yang menterjemahkan semangat patriotisme dalam kalangan warga PASTI Perak.
Tahniah kepada yang terpilih. Bagi yang tidak tersenarai, jangan berputus asa dan teruskan lagi usaha pada masa akan datang.
Terima kasih kepada semua kepada ibu bapa, pengurusan dan guru PASTI serta anak-anak PASTI yang telah menumpahkan idea, usaha dan kreativiti masing-masing


baca lagi

Hebahan Terkini Dari PASTI Perak


Program Terkini Pasti Perak