
17 November 2024 : Alam Ria PASTI Negeri Perak 2024 yang diadakan di Bukit Merah Laketown Resort melibatkan penyertaan 24 PASTI kawasan seluruh negeri Perak telah berlangsung dengan meriahnya. Para peserta juga masing-masing telah mempamerkan persaingan yang hebat dengan kebolehan bakat masing-masing.
Antara yang menarik perhatian adalah Taiping terus berjaya mempertahankan kedudukan Johan Keseluruhan. Sementara itu Pasir Salak turut terus mengekalkan Johan bagi acara Kalam Jamaie, manakala acara Nasyid menyaksikan pesaing tradisi dinafikan oleh wajah baharu iaitu dari Gerik.
Walau apa pun keputusannya, sesungguhnya semua anak PASTI sangat istimewa dan hebat!
Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YB Hj Razman bin Zakaria (Pesuruhjaya PAS Perak merangkap ADUN Gunung Semanggol). Hadir sama menyampaikan ucapan adalah YB Ustaz Hafez Sabri (Ketua Pemuda PAS Perak merangkap ADUN Manjoi) dengan diiringi pimpinan Pemuda PAS Perak serta Ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri Perak.
Berikut adalah keputusan penuh pertandingan :

1.Taiping
2.Bagan Serai
3.Kuala Kangsar

1.Parit buntar
2.Taiping
3.Tapah

1.Parit Buntar
2.Bagan Serai
3.Teluk Intan

1.Parit
2.Gopeng
3.Gerik

1.Bagan Serai
2.Lenggong
3.Taiping

1.Teluk intan
2.Taiping
3.Kuala Kangsar

1.Gopeng
2.Parit
3.Tanjung Malim

1.Taiping
2.Parit
3.Pasir Salak

1.Ipoh Barat
2.Tanjung Malim
3.Beruas

1.Pasir Salak
2.Teluk Intan
3.Lenggong

1.Gerik
2.Parit buntar
3.Bagan Serai

Taiping



KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!
Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!