Selamat Datang Ke Portal Rasmi PASTI Negeri Perak
Ingin Belajar Di Pasti Sekitar Negeri Perak ?

Jom Daftar Di Pasti Perak
-
Visi
Melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Malaysia melalui pendidikan prasekolah berteraskan Islam.
-
Misi
Melaksanakan program pendidikan yang cekap,berkualiti dan berkesan bagi menjadikan PASTI pilihan utama masyarakat Malaysia.
-
Kepakaran
Mempunyai ramai guru-guru yang hebat dan berwibawa
Lagu Rasmi Pusat Asuhan Tunas Islam
Didikan Tunas Pelaburan Akhirat
Objektif Kami
PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan penambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.
-
Pendidikan Awal
Menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal
-
Mendidik Jiwa
Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis

-
Bimbingan
Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah, akhlak dan cenderong melakukan makruf serta meninggalkan mungkar.
-
Melatih
Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir.
Statistik Terkini PASTI Seluruh Negeri Perak
Berita Terkini Dari PASTI Perak
Dapatkan berita terkini dari kami

18 Mei 2020, Ipoh : Berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu akibat penularan Covid-19 telah menyebabkan semua premis PASTI seluruh negeri Perak tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Situasi ini telah menyebabkan ramai warga kerja PASTI terjejas. Menyedari keadaan ini, PASTI Perak telah mengambil insiatif mengagihkan sumbangan dalam bentuk barangan dapur kepada seluruh warga kerja PASTI.
Fasa pertama agihan ini telah diagihkan bermula 19 April 2020 melibatkan peruntukan RM43,00.00 dengan RM12,000.00 adalah suntikan daripada PASTI Malaysia yang memberi manafaat kepada hampir 900 orang penerima. Manakala agihan fasa kedua pula lebih tertumpu kepada penerima yang terpilih bermula 16 Mei 2020 melibatkan peruntukan berjumlah RM12,190.00.
Sungguhpun sejumlah besar agihan bantuan telah diedarkan namun jika dinisbahkan dengan jumlah penerima, ia masih tidak memenuhi keperluan sebenar warga kerja PASTI yang terjejas.
Justeru, PASTI Perak amat mengalu-alukan sumbangan masyarakat bagi membantu kelangsungan institusi pendidikan pra-sekolah berteraskan Islam ini untuk mampu bertahan dengan situasi yang tidak menentu ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam (No. Akaun : 08013010083926) atas nama Dana Pendidikan PASTI Perak.

19 Dis 2019, Ipoh : Taklimat Sistem Perkembangan Prestasi Murid PASTI (SPPM) Peringkat Negeri Perak yang telah diadakan sebanyak dua sesi hari ini di Dewan Seminar Ar-Ridzuan PASTI Perak telah disampaikan sendiri oleh Mohd Azahari bin Yahaya (Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia Bahagian Sektor Pembangunan Akademik). SPPM yang merupakan olahan sistem kurikulum yang berorientasikan pembinaan prestasi kendiri dalam bentuk kaedah penilaian yang tersendiri.
Ianya bukanlah suatu perkara baharu, namun ianya adalah hasil usaha berterusan oleh pakar rujuk PASTI bagi terus melonjakkan prestasi murid PASTI sesuai dengan tuntutan keperluan masyarakat masa kini. SPPM kini dalam siri jelajah penerangan ke seluruh Malaysia.
Hebahan Terkini Dari PASTI Perak

PASTI seluruh Perak bercuti pada 23 hingga 27 Januari 2020 (Khamis - Isnin) dan akan dibuka semula pada 28 Januari 2020 (Selasa)