
Alhamdulillah dan tahniah dari seluruh warga PASTI Perak kepada ketiga-tiga muallimah dari PASTI Perak yang telah mengungguli 3 anugerah bersempena Himpunan Pendidik Kebangsaan dan Sambutan Hari Guru 2023 yang berlangsung di Terengganu hari ini.
Mereka yang menerima anugerah ialah :
MUALLIMAH RUZITA BINTI MD JAAFAR
Anugerah Guru Inovatif PASTI Malaysia
MUALLIMAH SABIHA BINTI SPAIN
Anugerah Guru Cemerlang PASTI Malaysia
Anugerah ini adalah pengiktirafan istimewa kemampuan dan kualiti guru-guru PASTI Perak.

"Guru tidak hanya mendidik anak-anak murid, bahkan guru juga sebenarnya telah berperanan dalam membangunkan generasi masyarakat yang rabbani."
Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Perak 2023 kali ini telah mengangkat tema "Guru Mithali Pemangkin Generasi Rabbani" mencerminkan betapa peranan guru tidak hanya sekadar melahirkan generasi yang cerdik pandai semata, bahkan turut membina anak bangsa yang punyai pengabdian diri kepada Allah SWT.
Majlis yang diadakan pada 20 Mei 2023 di D'Village @ Karai telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Damanhuri Dol (Ketua Pengarah PASTI Malaysia).Sementara itu, Ust Syukri Alimar Syihidi (Ketua Sektor Pendidikan DPPN Perak) juga hadir bersama menyampaikan amanat kepada para guru PASTI Perak.
Majlis kali ini juga turut disampaikan watikah pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Jabatan PASTI Negeri Perak sesi 2023/2025 serta Pelancaran Dana Pembelian Van PASTI Perak dan diserikan dengan pelbagai pertandingan seperti Pertandingan Inovasi Alat Bantuan Mengajar, Masakan Rendang dan seumpamanya.
Dalam pada itu, Muallimah Srihani Ariffin dari Bagan Datuk telah diangkat sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri Perak. Bagi Anugerah Guru Mujahidah pula telah diberikan kepada Nurul Hidayah Ahmad Hamdan dari Kuala Kangsar. Muallimah Ruzita Md Jaafar dari Lumut pula telah diangkat sebagai penerima Anugerah Guru Inovatif dan Guru Paling Lama Berkhidmat telah dianugerahkan kepada Muallimah Siti Patimah Mohd Noor dari Taiping yang telah mengajar sejak tahun 2000 disamping seramai 24 orang penerima Anugerah Guru Cemerlang dari kawasan masing-masing turut diberikan anugerah.

"Murid dirai, alumni diangkat, pengurusan dan guru dihargai."
Begitulah gambaran keseluruhan kemeriahan Majlis Anugerah Prestasi PASTI Negeri Perak 2022 kali ini bagi meraikan anak-anak PASTI yang mewakili 24 PASTI kawasan serta pelbagai anugerah sebagai menghargai kesungguhan PASTI-PASTI kawasan telah diadakan pagi ini di Dewan Mahligai Harmoni, Kampung Jasa, Ulu Kuang, Chemor.
Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Ustaz Zulfadli Zainal selaku Ketua Sektor Pendidikan DPPN Perak merangkap Timbalan Ketua DPPN Perak serta ADUN Slim. Majlis turut diserikan dengan persembahan Ust Huri Alias.
Tahniah kepada PASTI Parit Buntar yang telah diangkat sebagai PASTI Kawasan Terbaik. Manakala Majlis Guru PASTI Bagan Serai pula telah dipilih sebagai Majlis Guru PASTI Kawasan Terbaik dan PASTI Al-Falah Kg. Jana Taiping pula disenaraikan sebagai PASTI Cawangan Terbaik.
Turut menarik perhatian adalah Anugerah Pencapaian Alumni PASTI Negeri Perak (Kategori Sekolah Rendah) yang diberikan kepada Muhammad Azim Amsyar bin Anuar, 11 tahun yang telah menjuarai Kejohanan NFDP Series Janda Baik Pahang 2022 sertai menyertai The Bangkok International Supercup 2022. Sementara itu bagi anugerah yang sama untuk kategori sekolah menengah pula menyaksikan huffaz 13 juzuk yang merupakan pemegang Sijil Pencapaian Emas Pengangkap bagi Jambori Pengangkap Persaudaraan Antarabangsa 2022 iaitu Muhammad Hafiz Haqiz bin Mohd Nasir, 15 tahun.
Bagi Anugerah Pengurus PASTI Cawangan Paling Lama Berkhidmat pula telah diberikan kepada susuk yang telah 32 tahun berjasa kepada PASTI Al-Islah Kg. Kuak Hulu dari PASTI Gerik sehingga kini iaitu Wan Abdullah bin Ismail yang kini telah berusia 67 tahun.
Anugerah 3K (Kebersihan, Keceriaan & Keselamatan) pula menyaksikan PASTI Al-Ikhwan Pasir Salak telah menggungguli kedudukan Johan dengan disusuli Naib Johan dari PASTI Al-Mujahideen Parit Buntar. Tempat Ketiga pula telah diraih oleh PASTI At-Tarmizi Bagan Serai.
Selain itu, turut disampaikan ialah penghargaan kepada PASTI Kawasan Kuala Kangsar yang menjadi tuan rumah Kejohanan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Malaysia 2022 serta PASTI-PASTI Kawasan yang telah menghantar penyertaan mewakili PASTI Perak ke Kejohanan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Malaysia 2022 serta Alam Ria PASTI Malaysia 2022.
Melengkapkan tirai majlis, Tokoh Murid PASTI Negeri Perak 2022 telah dinobatkan kepada adik Danial Qarizh bin Hellmizan dari PASTI Al-Falah Kampung Jana Taiping.

PEKAN: Menutup tirai Alam Ria PASTI Malaysia 2022 yang berlangsung semalam di UMP Kampus Pekan Pahang menyaksikan Perak telah memberi saingan hebat kepada kontijen PASTI negeri lain setelah dinobatkan sebagai Johan Hafazan dan Bercerita dalam kategori lelaki. Manakala bagi acara berkumpulan Kalam Jamaie pula telah berjaya menyumbang kedudukan Naib Johan untuk negeri Perak.

















































Memacu perkembangan murid dalam mengetengahkan pelbagai bakat murid PASTI seperti bercerita, sajak, pidato, khutbah dan sebagainya bahkan selari dengan Celik Cerdas yang diperkenalkan melalui Sistem Perkembangan Prestasi Murid (SPPM) PASTI Malaysia maka PASTI terus mengangkat generasi ini melalui penganjuran Alam Ria PASTI Perak yang diadakan di Bukit Merah Laketown Resort semalam.
Program tahunan itu telah disertai oleh 24 kontijen PASTI kawasan seluruh negeri Perak menyaksikan persaingan hebat anak-anak PASTI dengan pelbagai kreativiti. Dalam pada itu, YB Ustaz Hafez Sabri (Ketua Pemuda PAS Perak/ADUN Manjoi) dalam ucapan perasmian penutupnya telah memberikan penekanan penting tentang pendidikan seawal prasekolah berteraskan demi membina jatidiri iman dan menyelamatkan anak-anak dari fitnah akhir zaman.
Majlis juga telah dihadiri oleh YB Ustaz Zulfadli Hj Zainal (Ketua Sektor Pendidikan / ADUN Slim), Ustaz M. Luqman b. M. Khairi (Pengarah Jabatan PASTI Negeri Perak), Cikgu Hj Abdul Aziz Abdul Majid (YDP PAS Kawasan Bagan Serai) dan Ustaz M. Hanif Abd Karim (Ketua Pemuda PAS Bagan Serai).
Berikut adalah keputusan keseluruhan Alam Ria PASTI Perak 2022:
KEPUTUSAN KESELURUHAN ALAM RIA PASTI PERAK 2022
SAJAK (L)
Johan : Parit
N. Johan : Taiping
Ketiga : Tambun
SAJAK (P)
Johan : Taiping
N.johan : Tambun
Ketiga : Parit
HAFAZAN (L)
Johan : Taiping
N. Johan : Ipoh Timur
Ketiga : Gerik
HAFAZAN (P)
Johan : Taiping
N. Johan : Kuala Kangsar
Ketiga : Tapah
PIDATO
Johan : Lenggong
N.Johan : T.Malim
Ketiga - Lumut
KHUTBAH
Johan : Taiping
N.Johan : B. Gantang
Ketiga : K Kangsar
CERITA (P)
Johan : Tapah
N.Johan : P. salak
Ketiga : Lenggong
CERITA (L)
Johan : T. Malim
N.Johan : Parit
Ketiga : Lenggong
AZAN
Johan : Lumut
N. Johan : T. malim
Ketiga : Taiping
NASYID
Johan : P. Buntar
N. Johan : Taiping
Ketiga : Tambun
KALAM JAMAIE
Johan : P. Salak
N.Johan : Taiping
Ketiga : Sg Siput
KEDUDUKAN KESELURUHAN
KETIGA KESELURUHAN
PASTI Kawasan Parit
NAIB JOHAN KESELURUHAN
PASTI Kawasan Tanjung Malim
JOHAN KESELURUHAN
PASTI Kawasan Taiping
KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!
Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!