
17 Oktober 2024: Pagi ini YB Ust Hafez Sabri, Ketua Pemuda PAS Perak diiringi Sdr. Abd Hadi, Pen.S/U DPPN Perak dan Ust Luqman Khairi, Pengarah PASTI Perak telah berkunjung ke PASTI Nurul Jauhar dan kediaman keluarga adik Nurul Medina Insyirah, murid 6 tahun PASTI berkenaan.
Hadir sama YB Ust Faisal, ADUN Trong.
Kita berharap agar keluarga ini kuat serta tabah mengharungi ujian yang sedang dihadapi dan mendoakan semoga semuanya akan berkesudahan dengan baik.


"..jam 2 pagi kami datang PASTI angkat buku letak tempat tinggi.." kongsi guru PASTI Raudhatul Nadwah yang kali pertama dilanda banjir.
1 Januari 2025: Susulan banjir yang melanda Kelantan, rombongan Jabatan PASTI Negeri Perak telah mengatur sesi ziarah dan serahan sumbangan bantuan banjir kepada beberapa PASTI cawangan di Kelantan.
Rombongan yang diketuai Ustaz Luqman Khairi (Pengarah PASTI Perak) diiringi Ust M. Nasir Nafiah (Tim.Pengarah Bhg. Pengurusan PASTI Perak) dan Ustaz Maznan Abd Razak (Bendahari PASTI Perak) telah disambut oleh Sdr. Auzani Akramin Ahmad (wakil PASTI Kelantan) dan Ustaz M. Azan (Pengerusi PASTI Kawasan Pasir Mas).
Rombongan ziarah telah menyantuni beberapa buah PASTI berikut :
1.PASTI Al-Hidayah, Panglima Bayu, Jeli.
2.PASTI Nurul Iman, Kg.Terasil, Tanah Merah.
3.PASTI Ibaadurrahman, Jejawi, Pasir Mas.
4.PASTI Al-Ukhuwwah, Meranti, Pasir Mas.
5.PASTI Raudhatul Nadwah, Pangkal Kala, Pasir Mas.
Keseluruhan jumlah serahan termasuk melalui PASTI Kelantan adalah berjumlah RM10,000.00 hasil sumbangan orang ramai yang telah berjaya dikumpulkan. Ziarah ini adalah tanda kebersamaan PASTI Perak kepada warga PASTI Kelantan yang diuji dengan musibah banjir.


10 Januari 2025, Taiping: Petang ini rombongan PASTI Perak diketuai Ustaz Luqman Khairi (Pengarah PASTI Perak) bersama Cikgu Fauzi Nisab (Tim.Pengarah Bhg Ekonomi PASTI Perak) dan Cikgu Fazrul Halim (Unit Kurikulum PASTI Perak) telah menziarahi Tuan Abd Karim Abd Rashid (Pengarah JAM Perak) yang sedang menjalani rawatan di Hospital Taiping.
Alhamdulillah, perkembangan terkini keadaan kesihatannya semakin baik. Kita doakan semoga beliau terus kuat dan kembali sembuh.


30 Nov 2024: Kontinjen PASTI Perak mencatat kejayaan manis sempena Alam Ria PASTI Malaysia 2024 di Kem Permata Resort, Alor Gajah apabila berjaya menjuarai acara Kalam Jamaie, naib johan nasyid dan tempat ketiga khutbah.
Tahniah dan terima kasih juga khusus kepada ibu bapa semua acara yang telah memberikan sokongan penuh dan kerjasama erat bagi menjayakan penyertaan anak-anak PASTI.
Bagi penyertaan acara lain, usah kecewa. Kalah menang adat pertandingan, apa yang penting kita sentiasa berbangga dengan segala daya usaha yang telah ditunjukkan anak-anak kita. Mereka anak-anak PASTI yang hebat!







Tahniah kepada kontinjen PASTI Perak yang telah berjaya meneruskan momentum kecemerlangan setelah berjaya menjulang piala naib johan bola sepak dan tempat ketiga bola jaring.
Jerih payah usaha seluruh kontinjen akhirnya membuahkan hasilnya. Sesungguhnya kalian adalah kebanggaan seluruh warga Perak.
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Skuad Bola Sepak Seladang akhirnya berjaya menjulang piala Naib Johan Bola Sepak Kejohanan Sukan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Malaysia 2024 setelah mengharungi pelbagai cabaran.
Peringkat Kumpulan
Perak 0-3 Selangor
Perak 0-1 Pahang
(Layak 2 daripada 3 terbaik setiap kumpulan)
Suku Akhir
Perak 1-0 Kelantan
Separuh Akhir
Perak 3-1 Pahang
Akhir
Perak 0-1 Selangor
Wirawati bola jaring PASTI Perak telah mempamerkan aksi cemerlang sehingga berjaya meraih kedudukan Tempat Ketiga Bola Jaring Kejohanan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Malaysia 2024.
Suku Akhir
Perak 11-5 Terengganu
Separuh Akhir
Perak 3-10 Selangor
Ketiga & Keempat
Perak 7-4 Negeri Sembilan
KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!
Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!