
Meriah! Itulah perkataan yang tepat untuk mengambarkan suasana penganjuran Fun Run PASTI Perak 2023 pada 23 September 2023. Program tahunan itu telah mendapat sambutan luar biasa apabila had penyertaan terpaksa ditambah sehingga 400 orang peserta dari seluruh kawasan di negeri Perak.
Bagi edisi kali ini, Kuala Kangsar telah terpilih sebagai tuan rumah dengan laluan yang mengelilingi Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Program yang dihadiri ribuan hadirin itu telah dirasmikan oleh YB Berhanudin Ahmad (YDP PAS Kuala Kangsar merangkap ADUN Manong). Turut menyampaikan ialah Ustaz Shukri Alimar Shidi (Ketua Sektor Pendidikan DPPN Perak) dan Ustaz Luqman Khairi (Pengarah PASTI Perak). Program turut digamatkan dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk 3 hadiah utama iaitu basikal.
Sekalung penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua penaja dan petugas yang telah menjayakan program :
Pasaraya Sakan Kuala Kangsar
Sabun Rakyat
Pusat Khidmat ADUN Manong
Suffy
Dewan Pemuda PAS Kuala Kangsar
PASTI Kuala Kangsar
Jabatan Amal Malaysia
DACS
ARC
Briged Muslimat
Kejohanan Sukan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Perak yang menyaksikan persaingan 22 kontijen sukan PASTI kawasan yang berlangsung hari ini telah diadakan di Manjung Indoor Sports Arena di Sitiawan.
Program ini telah dibuka tirainya dengan kemeriahan perarakan perbarisan kontijen yang penuh kreativiti. Membuka sesi ucapan ialah Ustaz Luqman Khairi (Pengarah PASTI Perak) disusuli dengan ucapan oleh YB Ustaz Zulfadli Hj Zainal (Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak merangkap ADUN Slim) sebelum disempurnakan ucapan perasmian oleh YB Hj Rosli Abd Rahman (Timbalan Pesuruhjaya II PAS Perak merangkap ADUN Permatang Pasir).
Menariknya kejohanan edisi ini menyaksikan muka baharu berjaya merampas penguasaan juara bertahan bagi kedua-dua acara apabila Tambun telah diangkat sebagai Johan Bola Sepak setelah berjaya menundukkan Taiping peringkat separuh akhir dan seterusnya menafikan kemaraan Lumut di peringkat akhir. Gerik pula berjaya mendapat kedudukan ketiga setelah berjaya menafikan kebangkitan Taiping. Tuan rumah Lumut berjaya menggandakan kecemerlangan setelah berjaya meraih kedudukan naib juara bola sepak dan menjadi pemenang baru bagi acara bola jaring setelah berjaya menjinakkan juara bertahan Parit Buntar di peringkat akhir dalam aksi sengit yang penuh dramatik. Teluk Intan pula tidak pulang dengan tangan kosong setelah berjaya menempatkan diri di kedudukan ketiga apabila berjaya menewaskan Lenggong.
Berikut adalah kedudukan keseluruhan :
BOLA JARING
Johan : Lumut
Naib Johan : Parit Buntar
Ketiga : Teluk Intan
Keempat : Lenggong
BOLA SEPAK
Johan : Tambun
Naib Johan : Lumut
Ketiga : Gerik
Keempat : Taiping
#JabatanPASTINegeriPerak
#PemudaPASPerak
#MendidikGenerasiAlQuran
#RijalAlDaulah


KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!
Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!