Informasi Terkini

Artikel 400 Murid Pasti Perak Tawan Kuala Kangsar Oleh Pasti Negeri Perak / Sep 24, 2023

Meriah! Itulah perkataan yang tepat untuk mengambarkan suasana penganjuran Fun Run PASTI Perak 2023 pada 23 September 2023. Program tahunan itu telah mendapat sambutan luar biasa apabila had penyertaan terpaksa ditambah sehingga 400 orang peserta dari seluruh kawasan di negeri Perak.

Bagi edisi kali ini, Kuala Kangsar telah terpilih sebagai tuan rumah dengan laluan yang mengelilingi Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Program yang dihadiri ribuan hadirin itu telah dirasmikan oleh YB Berhanudin Ahmad (YDP PAS Kuala Kangsar merangkap ADUN Manong). Turut menyampaikan ialah Ustaz Shukri Alimar Shidi (Ketua Sektor Pendidikan DPPN Perak) dan Ustaz Luqman Khairi (Pengarah PASTI Perak). Program turut digamatkan dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk 3 hadiah utama iaitu basikal. 


Sekalung penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua penaja dan petugas yang telah menjayakan program :


Pasaraya Sakan Kuala Kangsar

Sabun Rakyat

Pusat Khidmat ADUN Manong

Suffy


Dewan Pemuda PAS Kuala Kangsar

PASTI Kuala Kangsar

Jabatan Amal Malaysia

DACS
ARC

Briged Muslimat

Baca lagi
Artikel Abang Duan : Kepulangan Insan Berjasa Ke Negeri Abadi Oleh Pasti Negeri Perak / Dec 23, 2021

"Assalamualaikum ustaz... ana nak minta sambung cuti... ana masih kat hospital ni.." itulah pintanya dalam perbualan talian terakhir kami... Sedangkan memang saya maklum keadaan Abg Duan yang baru berpindah dari Hospital Pantai ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Bahkan semasa menziarahi Abg Duan di Hospital Pantai, turut saya pinta kepada Abang Duan supaya tumpukan sepenuhnya kepada proses rawatan dan tidak perlu dibebankan fikiran dengan urusan PASTI.
Ternyata, walau di mana Abang Duan berada namun kotak fikirannya tidak pernah kosong dari memikirkan urusan PASTI. Bahkan diceritakan oleh isteri Abang Duan, semasa Abang Duan di hospital beliau berusaha mencari rangkaian internet disebabkan mahu menyertai mesyuarat yang diadakan secara atas talian.
-------------------------------------------------------------------------
18 Disember 2021 | Ahad
Malam itu sekitar waktu isyak, saya menerima panggilan daripada Kak Dah (Ustazah Faridah Dawam), muslimat besi PASTI Perak yang merupakan Pengerusi Majlis Guru PASTI Perak (MGP) memaklumkan khabar duka pemergian Abang Duan. Sebaik sahaja berakhir perbualan, saya berusaha menghubungi beberapa orang teman seperjuangan bagi memastikan kesahihan berita. Akhirnya, berita duka ini terpaksa saya telan maungnya.
Memandangkan esok ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Saya gagahkan diri bersama keluarga meredah gelap malam bersama hujan renyai sepanjang jalan dari Gerik untuk menziarahi Abang Duan. Biasanya memandu malam dengan jarak itu, 2-3 tempat akan menjadi lokasi persinggahan. Namun, malam itu bertemankan duka dan kekusutan fikiran, pemanduan yang sesekali tersadung dalam kesesakan dek kemalangan beberapa kenderaan akhirnya sampai di kediaman Abang Duan sekitar jam 2.00 pagi tanpa berhenti di mana-mana.
-------------------------------------------------------------------------
Pengalaman peribadi bersama Abang Duan mungkin tidak selama tempoh Abang Duan mewakafkan dirinya untuk jemaah ini dan PASTI. Namun, waktu terluang sering beliau kongsikannya buat panduan. Walau kadang kisah itu diulang cerita, namun tak jemu mendengar nostalgia sunnah pejuang. Pada tahun 2008, ketika perbelanjaan PASTI dalam keadaan defisit Abang Duan tekad berkhidmat sebagai Setiausaha Kerja PASTI Perak secara separuh masa bagi membantu PASTI Perak disamping komitmen kerjayanya di sebuah kilang. Sehinggalah kilang tempat Abang Duan ditutup pada tahun 2011, Abang Duan meletakkan komitmennya sepenuh masa bersama PASTI Perak.
Kemahiran dan komitmen tingginya begitu ditagih PASTI sehingga ditaklifkan sebagai Pengarah Bahagian Penaziran PASTI Malaysia kepada 3 orang mantan Ketua Pengarah PASTI Malaysia.
Sekalipun berdiri dengan bantuan tongkat, ke mana sekalipun komitmen PASTI Abang Duan akan sampai walau ditegah teman seperjuangan. Bahkan, sepanjang bersama Abang Duan tidak pernah sesekali dia merungut dengan keuzuran kesihatannya. Tugasannya dilaksanakan dengan sepenuh hati. Sungguh teladan yang ditunjukkan terlalu besar buat pewaris jalan ini.
Bagi saya, pemergian Abang Duan ini InsyaAllah adalah suatu kepulangan yang dibanggakan Sang Pencipta dengan bekal jasa besarnya buat institusi pendidikan pra-sekolah Islam yang terbesar rangkaiannya. InsyaAllah, semoga kami mampu mengikut jejak Abang Duan meraih mardhatillah. Sungguhpun kini jasad Abang Duan tiada lagi, memori bersama akan tetap terpahat dalam hati warga PASTI Perak.
LUQMAN KHAIRI
Pengarah PASTI Perak

Baca lagi
Artikel Dari Bangku Pasti Ke Meja Pengarah Oleh Pasti Negeri Perak / Nov 30, 2021

Setelah berakhirnya kepimpinan mantan PengarahJabatan PASTI Negeri Perak, Mohd Azahari bin Yahaya atas faktor usia yang telahmelepasi umur kepemudaan pada 23 Oktober 2021. Mohamad Luqman bin MohamadKhairi kemudiannya telah diamanahkan sebagai Pengarah Jabatan PASTI NegeriPerak bagi sesi 2021-2023 bermula 12 November 2021.


Anak sulung dari 8 orang adikberadik ini merupakan putera kepada Allahyarham Mohamad Khairi bin Md Daud (MantanPenolong Setiausaha PAS Kawasan Lenggong) dan Zainab binti Ahmad (TimbalanKetua Dewan Muslimat PAS Kawasan Lenggong). Pendidikan awalnya bermula di PASTIAt-Taufiq Kampung Gerik yang bondanya juga merupakan salah seorang guru diPASTI berkenaan. Beliau kemudiaanya mendapat pendidikan di Sekolah KebangsaanMahkota Sari Gerik sebelum menyambung pengajian ke Maahad Tahfiq Al-Quran(MTQTM) Tanah Merah dan SMU(A)Al-Ihsan Tanah Merah di Kelantan. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Syariah di Kolej IslamAntarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri Kelantan dan terlibat aktifdi peringkat sekolah dan kampus sebagai Pengerusi Badan Dakwah dan KepimpinanIslam 2007, Pengerusi Nadi Al-Syariah (NAS) 2009/2010 dan EXCO PersatuanMahasiswa KIAS selama 3 sesi.


Penglibatan bapa kepada 3 orang putera ini dengan PASTI bermulasekitar tahun 2016 sebagai Setiausaha PASTI Ar-Rahim Taman Raflesia dan SetiausahaPASTI Kawasan Lenggong sebelum diserap sebagai Ketua Unit ICT PASTI Perak. Padatahun 2019 beliau kemudiannya diamanahkan sebagai Pengerusi PASTI KawasanLenggong dan dalam masa yang sama dilantik sebagai Penolong Setiausaha PASTIPerak sebelum ditaklifkan sebagai Timbalan Pengarah PASTI Perak.

 


Semoga beliau bersamabarisan kepimpinan Jabatan PASTI Perak sesi baharu ini diberikan kekuatan bagimengemudi PASTI Perak dengan jayanya.

Baca lagi
Artikel Sedekad Memimpin Pasti Perak Oleh Pasti Negeri Perak / Nov 30, 2021

Bilamana sampai masanya, pemimpin akan silih berganti datang dan pergi. Namun, jasa keringat mereka seharusnya diteladani agar menjadi panduan penyambung legasi. Menyoroti kembali perjalanan mantan Pengarah Jabatan PASTI Negeri Perak yang telah melepaskan jawatan tersebut pada 23 Oktober 2021 seiring Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak kali ke-38melabuhkan tirainya. 


Mohd Azahari bin Yahaya yangmerupakan bapa kepada 2 orang putera dan 3 orang puteri ini telah mendapat Pendidikanawal di SK Jengka 4 di Maran Pahang sebelum kemudiannya menuntut di SekolahMenengah Sultan Abdul Halim di Jitra Kedah. Selepas berjaya meraih ijazahSistem Pengurusan Maklumat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, beliauseterusnya meneruskan penerokaan ilmu ke Institut Perguruan Islam Selangor dankini sedang menyiapkan pengajian peringkat master dalam bidang pendidikan.


Penglibatan awal beliau bersamaPASTI bermula seawal 2008 sebagai pengurus PASTI di beberapa cawangan danPengerusi PASTI Kawasan Tanjung Malim serta beberapa Kawasan lain sebelum muladitaklifkan sebagai Pengarah Jabatan PASTI Negeri Perak bermula 2012 hingga2021 dan dalam masa yang sama turut diamanahkan sebagai Timbalan Ketua PengarahPASTI Malaysia (Sektor Pembangunan Akademik) pada tahun 2019 hingga 2021. Berikut adalah rangkuman jawatanyang telah disandang beliau.


Pengerusi PASTI Kawasan Tg. Malim (2008– 2015)

Pengurus PASTI Al-Falah, SekiahMakmur (2008 – 2015)

Pengurus PASTI Ansar, Sungkai (2008 –2015)

Pengurus PASTI Firdaus, Tg. Malim (2008– 2015)

Pengurus PASTI Bersepadu Tg.Malim (2008– 2015)

Pengerusi PASTI Kawasan Larut (April2016- Jun 2018)

Pengerusi PASTI Kawasan BaganSerai(2018-2019)

Pengerusi Bersepadu PASTI KawasanTambun (2019)

Pengurus PASTI AR-RIDZUAN, BaganSerai

Pengurus PASTI Nurul Ain, TrolakUtara

Pengarah PASTI Negeri Perak (2012-2021)

Timbalan Ketua Pengarah PASTI Msia(2019- Oktober 2021)

 


Semoga beliau teruscemerlang dan dilimpahi kebaikan-Nya dalam apa jua medan yang diceburinya.

Baca lagi
Artikel Tabung Kasih Pasti Perak, Rm14K Lagi Diperlukan Oleh Pasti Negeri Perak / Jul 05, 2021

Ipoh, 4 Julai : Menyedari ramai warga PASTI yang dihimpit ujian hidup, ditimpa musibah dan diduga dengan pelbagai sakit kronik, malahan premis PASTI yang uzur, maka PASTI Perak menggandakan agenda kebajikan dengan menubuhkan Tabung Kasih PASTI Perak.


Bagi merealisasikan hasrat membela kebajikan warga PASTI, sebanyak RM30,000.00 kutipan disasarkan. Sehingga kini, sumbangan dana dari pelbagai pihak telah mencecah RM15,029.48, sekaligus bermaksud

RM14,970.52 masih diperlukan bagi menjayakannya.


Setakat ini seramai 21 orang warga PASTI telah menerima manfaat berbentuk sumbangan wang tunai dan barangan keperluan. 10 daripadanya adalah dari kalangan murid PASTI kurang berkemampuan yang dibantu bayaran yurannya secara bulanan.


Baca lagi
KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!