
Skuad Seladang telah berjaya menjuarai acara bola sepak selepas mencatatkan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Singa Utara. Terdahulu PASTI Perak telah berjaya menewaskan Tok Gajah 2-1 di peringkat separuh akhir dan menang melalui sepakan penalti 2-0 dengan skuad Kijang selepas terikat seri 1-1 sekalipun melalui laluan sukar di peringkat kumpulan selepas terikat 1-1 dengan skuad Hang Tuah dan skuad Helang.
Pasukan Bola Jaring pula yang berjaya meraih tempat keempat pula turut menunjukkan prestasi hebatnya setelah menang selesa peringkat kumpulan menewaskan Singa Utara 6-2 dan negeri Cik Siti Wan Kembang 4-0. Saingan peringkat suku akhir pula menyaksikan Seladang menang tipis 4-3 ke atas skuad The City Boys sebelum tewas 3-4 kepada pasukan pelawat sang Penyu dan tewas 2-4 kepada Harimau Kumbang bagi penentuan tempat ketiga dan keempat sekaligus mengangkat Perak sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan.
Kejayaan kedua-dua pasukan ini menempatkan diri dalam antara kelompok pasukan terbaik telah menjadikan Perak hanya satu-satunya negeri membawa pasukan layak ke separuh akhir sekaligus merangkul kedudukan sebagai Johan Keseluruhan kejohanan.
Perasmian kejohanan edisi kali ini menyaksikan penyertaan sebanyak 13 kontijen kecuali Sarawak. Ust Hanafi Zulkapli (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia) telah menyempurnakan perasmian majlis dan turut diserikan dengan kehadiran Ts. Hj. Muktar Suhaili (Ketua Sektor Pendidikan DPPM), En. Damanhuri Dol (Ketua Pengarah PASTI Malaysia) dan Ust Hafez Sabri (Ketua Dewan Pemuda PAS Perak).
Berikut adalah keputusan perlawanan :
🏆Juara Keseluruhan: Perak
⚽Bola Sepak
🥇Perak
🥈Perlis
🥉Kedah
🏅Pahang
🏀Bola Jaring
🥇Selangor
🥈Terengganu
🥉 Pulau Pinang
🏅Perak



Abang Duan memulakan khidmatnya sebagai Setiausaha Kerja PASTI Perak sekitar tahun 2008 sehinggalah kini tetap istiqamah memastikan kelancaran pentadbiran PASTI Perak.
Sesungguhnya kami menjadi saksi kerja buat beliau, kesungguhannya, susah senangnya dan jerit perihnya bersama membangunkan PASTI Perak. Tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.
Selain daripada khidmat bersama PASTI, beliau juga terlibat aktif dalam beberapa jawatan dalam PAS. Antaranya adalah :
Berehatlah Abang Duan, moga syurga menjadi tempat buatmu asbab pengorbananmu buat perjuangan ini.








Rata-rata warga maya sangat teruja melihat 20 gambar terbaik aksi comel murid PASTI dan turut memuji idea luar kotak PASTI menganjurkan Pertandingan Tiru Gaya Tokoh Pejuang Kemerdekaan bersempena sambutan kemerdekaan ke-64.
Selepas 48 jam hantaran di laman facebook Jabatan PASTI Negeri Perak itu dipaparkan, ianya telah mencecah lebih 778k capaian dengan 4.5k perkongsian dan 2.9k tanda suka serta 374 komen.
Penyertaan yang menawarkan hadiah RM300 untuk johan disusuli RM200 dan RM100 untuk naib johan serta tempat ketiga ini turut menawarkan hadiah saguhati sehingga tempat ke-20. Ianya telah berjaya menarik penyertaan 45 murid PASTI seluruh Perak.
Jom kita tengok sebahagian reaksi para pembaca seperti di bawah. Jika anda juga ingin turut serta memeriahkan hantaran asal, boleh klik sahaja pautan ini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1752039661660836&id=258697864328364&sfnsn=mo
Manakala gambar para peserta juga boleh dilihat melalui pautan berikut :
https://pastiperak.com/portal/blog/20-gambar-murid-terpilih-tiru-gaya-tokoh-pejuang-kemerdekaan.html

Tahniah kepada para pemenang Pertandingan Tiru Gaya Tokoh Pejuang Kemerdekaan PASTI Perak 2021 bersempena Sambutan Kemerdekaan kali ke-64.
Berikut adalah 20 peserta terbaik yang terpilih daripada 45 penyertaan. Semua murid yang telah menyertai pertandingan akan menerima sijil, manakala 20 peserta terbaik akan menerima hadiah beserta sijil dengan hadiah wang tunai terkumpul keseluruhan berjumlah RM1500. Johan akan menerima RM300, Naib Johan RM200, Tempat Ketiga RM100 dan bakinya bagi 17 orang penerima saguhati.
KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!
Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!