Informasi Terkini

Berita Anak Pasti Duta Perpaduan Oleh Pasti Negeri Perak / Feb 19, 2023

IPOH : Pagi ini melalui program CNY Komuniti PASTI Malaysia bersempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba, YB Ustaz Hafez Sabri merupakan ADUN Manjoi merangkap Ketua Pemuda PAS Perak dengan diiringi Ustaz Mohd Nasir Mohd Nafiah selaku Timbalan Pengarah 1 PASTI Perak bersama rombongantelah menyemarakan perpaduan bersama masyarakat Cina dengan bertamu ke tadika terpilih. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud :

Wahai manusia! Sesungguhnya kami telah menjadikan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu pelbagai bangsa dan pelbagai suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Teliti.
Rombongan bersama murid PASTI Al-Mukminin dan PASTI An-Nuhlan ini telah bertandang menyantuni murid Tadika Perpaduan Tanah Itam dan Tadika Pei Cheng Chemor bagi mengedarkan limau, angpau dan hamper.
Selain daripada meraikan masyarakat Cina yang akan menyambut Tahun Baru Cina, kunjungan ini juga bertujuan mendidik generasi muda untuk terus menghargai dan menghayati perpaduan kaum yang terjalin.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!