Informasi Terkini

Berita Guru Pasti Dirai, Alumni Dilancarkan Oleh Pasti Negeri Perak / May 21, 2022

PARIT BUNTAR - Kemeriahan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Perak 2022 begitu dirasai setelah 2 tahun program utama PASTI hanya boleh diadakan secara atas talian berikutan kekangan situasi Covid-19. Majlis yang diadakan pada 16 Mei 2022 bertemakan "Guru Tunjang Sekolah Sejahtera" telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Hj. Razman Zakaria (Pesuruhjaya PAS Perak merangkap EXCO Kerajaan Negeri Perak). Hadir bersama memeriahkan majlis ialah Ustaz Hafez Sabri (Ketua Pemuda PAS Perak), Ust Mohd Azahari Yahaya (Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia), kepimpinan peringkat negeri dan kawasan.
Terdahulu, program yang menghimpunkan hampir 300 orang guru PASTI ini telah dimulakan dengan usrah perdana yang dipimpin oleh Ustaz Zulfadli Hj Zainal (Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak merangkap Ketua Sektor Pendidikan). Program turut diserikan dengan pelbagai acara yang dipertandingan, persembahan dan cabutan bertuah.
Muallimah Sabiha binti Spian dari Taiping telah diangkat sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru PASTI Perak. Manakala Muallimah Fadzilah binti Abu Hassan dari Parit telah dinobatkan Anugerah Tokoh Mujahidah PASTI Perak. Sementara itu, Anugerah Khas Majlis Guru PASTI Negeri Perak telah disandang oleh Muallimah Zainab binti Ahmad dari Lenggong dan Muallimah Fauziah binti Mohd Noor dari Gerik telah menerima Anugerah Guru Lama Berkhidmat.
Program edisi kali ini turut dilancarkan penubuhan Alumni PASTI Perak serta penyampaian Anugerah Ikon Alumni PASTI Perak yang melibatkan 3 orang penerima iaitu Imam Muda Jabbar, Ustaz Hafez Sabri dan Khairul Idham Pawi.


KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!