Informasi Terkini

Berita Hari Guru Pasti Perak 2021, Himpunan Maya Penuh Mahabbah Oleh Pasti Negeri Perak / Jul 04, 2021

Ipoh, 4 Julai : Buat pertama kali dalam sejarah Sambutan Hari Guru PASTI Perak 2021 telah diadakan secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan Covid-19 yang melanda negara sejak akhir 2019. Sekalipun majlis tidak diadakan secara bersemuka, namun kemeriahan dan keceriaannya tetap dirasai oleh lebih 400 orang hadirin yang mengikuti.

Lebih istimewa kali ini, Ustaz Syarhan Humaizi Halim (Ketua Pengarah PASTI Malaysia) yang merupakan perasmi majlis secara rasminya telah melancarkan Tabung Kasih PASTI Perak yang menjadi simbol kesungguhan PASTI Perak membela kebajikan warga PASTI yang diuji dengan pelbagai ujian kesihatan, kesempitan hidup dan seumpamanya.

Sementara itu, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait (Ketua Dewan Pemuda PAS Perak) dalam ucaptama telah menitipkan pesanan kepada para guru agar terus meneroka kaedah pembelajaran secara maya.

Dalam pada itu, muallimah Norisah binti Md Yusof telah menerima Anugerah Tokoh Guru PASTI Perak dan muallimah Suhana binti Awang dari Taiping pula dinamakan sebagai penerima Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat. Muallimah Ramlah binti Bahari dari Parit yang telah dipanggil Ilahi pada akhir Jun lalu pula telah dikenang jasanya dengan Anugerah Khas Majlis Guru PASTI Perak. Seramai 24 guru cemerlang mewakili kawasan masing-masing turut diisytiharkan. Majlis juga turut diserikan dengan persembahan sajak dan perisytiharan pemenang Pertandingan Pencipta Video PDPR seperti berikut :

Pertandingan Pencipta Video PDPR.

👉Kategori Matematik 5 Tahun

JOHAN : Juli Rabbani binti Othman (Taiping)

NAIB JOHAN : Nur Amanina binti shamsul Bharin (Pasir Salak)

KETIGA : Zurina binti Hassan Basri (Padang Rengas)


👉 Kategori Bahasa Arab 6 tahun

JOHAN : Nursuriati binti Md Yusoff (Bagan Serai)

NAIB JOHAN : Nurul shahira binti Mohammad Sham (Parit)

KETIGA : Siti Nadiah binti Muhammad  (Larut)


KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!