Informasi Terkini

Berita Pasti Perak Agih Bantuan Lebih Rm55K Sempena Pkp Oleh Pasti Negeri Perak / May 19, 2020

18 Mei 2020, Ipoh : Berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu akibat penularan Covid-19 telah menyebabkan semua premis PASTI seluruh negeri Perak tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Situasi ini telah menyebabkan ramai warga kerja PASTI terjejas. Menyedari keadaan ini, PASTI Perak telah mengambil insiatif mengagihkan sumbangan dalam bentuk barangan dapur kepada seluruh warga kerja PASTI.

Fasa pertama agihan ini telah diagihkan bermula 19 April 2020 melibatkan peruntukan RM43,00.00 dengan RM12,000.00 adalah suntikan daripada PASTI Malaysia yang memberi manafaat kepada hampir 900 orang penerima. Manakala agihan fasa kedua pula lebih tertumpu kepada penerima yang terpilih bermula 16 Mei 2020 melibatkan peruntukan berjumlah RM12,190.00.

Sungguhpun sejumlah besar agihan bantuan telah diedarkan namun jika dinisbahkan dengan jumlah penerima, ia masih tidak memenuhi keperluan sebenar warga kerja PASTI yang terjejas.

Justeru, PASTI Perak amat mengalu-alukan sumbangan masyarakat bagi membantu kelangsungan institusi pendidikan pra-sekolah berteraskan Islam ini untuk mampu bertahan dengan situasi yang tidak menentu ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam (No. Akaun : 08013010083926) atas nama  Dana Pendidikan PASTI Perak.


KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!