Informasi Terkini

Sukan Pasti Perak Gah Di Kejohanan Sukan Bola Sepak Bola Jaring Pasti Malaysia 2023 Oleh Pasti Negeri Perak / Oct 01, 2023

Kejohanan Sukan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Malaysia 2023 menyaksikan PASTI Perak terus gah di kelompok pasukan terpilih apabila kedua-dua pasukan bola sepak dan bola jaring berjaya melepasi peringkat kumpulan.

Sekalipun pasukan bola sepak terkandas di peringkat suku akhir selepas tewas kepada Selangor 0-2, namun ia tidak menafikan kemaraan pasukan bola jaring PASTI Perak. Aksi bertenaga pasukan bola jaring PASTI Perak yang telah berjaya mara hingga ke peringkat akhir dan cemerlang memenangi semua perlawanan sebelumnya dengan jumlah jaringan yang besar seperti berikut :

Peringkat kumpulan :
Perak 10 - 4 Kelantan
Perak 14 - 0 Sarawak
Perak 9 - 1 Melaka


Suku akhir :
Perak 2- 1 Terengganu

Separuh akhir :
Perak 8 - 3 Pahang
Perak 11 - 1 Negeri Sembilan

Berbekalkan rekod tanpa kalah, pasukan bola jaring akhirnya akur sebagai naib juara bola jaring PASTI Malaysia selepas ketinggalan 5-10 dalam aksi dramatik menentang Wilayah Persekutuan.

Melengkapkan lagi kedudukan PASTI Perak, adik Malaiqa Jannah dari PASTI Perak telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah 48 jaringan gol.

Alhamdulillah.. PASTI Perak terus gah dalam kelasnya tersendiri memberi saingan yang hebat kepada PASTI negeri lain.
Tahniah kepada semua!

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!