Informasi Terkini

Berita Pasti Perak Johan Keseluruhan Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring Pasti Malaysia 2022 Oleh Pasti Negeri Perak / Aug 23, 2022


Kejohanan Sukan Bola Sepak Bola jaring PASTI Malaysia 2022 pada 19-20 Ogos bertempat di padang Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang telah melabuhkan tirainya menyaksikan kontijen tuan rumah telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan kejohanan.


Skuad Seladang telah berjaya menjuarai acara bola sepak selepas mencatatkan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Singa Utara. Terdahulu PASTI Perak telah berjaya menewaskan Tok Gajah 2-1 di peringkat separuh akhir dan menang melalui sepakan penalti 2-0 dengan skuad Kijang selepas terikat seri 1-1 sekalipun melalui laluan sukar di peringkat kumpulan selepas terikat 1-1 dengan skuad Hang Tuah dan skuad Helang.


Pasukan Bola Jaring pula yang berjaya meraih tempat keempat pula turut menunjukkan prestasi hebatnya setelah menang selesa peringkat kumpulan menewaskan Singa Utara 6-2 dan negeri Cik Siti Wan Kembang 4-0. Saingan peringkat suku akhir pula menyaksikan Seladang menang tipis 4-3 ke atas skuad The City Boys sebelum tewas 3-4 kepada pasukan pelawat sang Penyu dan tewas 2-4 kepada Harimau Kumbang  bagi penentuan tempat ketiga dan keempat sekaligus mengangkat Perak sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan.


Kejayaan kedua-dua pasukan ini menempatkan diri dalam antara kelompok pasukan terbaik telah menjadikan Perak hanya satu-satunya negeri membawa pasukan layak ke separuh akhir sekaligus merangkul kedudukan sebagai Johan Keseluruhan kejohanan.


Perasmian kejohanan edisi kali ini menyaksikan penyertaan sebanyak 13 kontijen kecuali Sarawak. Ust Hanafi Zulkapli (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia) telah menyempurnakan perasmian majlis dan turut diserikan dengan kehadiran Ts. Hj. Muktar Suhaili (Ketua Sektor Pendidikan DPPM), En. Damanhuri Dol (Ketua Pengarah PASTI Malaysia) dan Ust Hafez Sabri (Ketua Dewan Pemuda PAS Perak).


Berikut adalah keputusan perlawanan :


🏆Juara Keseluruhan: Perak


⚽Bola Sepak

🥇Perak

🥈Perlis

🥉Kedah

🏅Pahang


🏀Bola Jaring

🥇Selangor

🥈Terengganu

🥉 Pulau Pinang

🏅Perak


KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!