Informasi Terkini

Berita Pasti Perak Merakamkan Ucapan Takziah Dan Melancarkan Sumbangan Kebajikan Buat Keluarga Almarhum Encik Ridzuan Rashid Oleh Pasti Negeri Perak / Dec 23, 2021

Sungguh kehilangan yang besar buat Jabatan PASTI Negeri Perak, Almarhum Encik Ridzuan Bin Rashid atau lebih mesra kami memanggilnya Abang Duan @ Abang Wan pemergiannya menghadap Illahi.


Abang Duan memulakan khidmatnya sebagai Setiausaha Kerja PASTI Perak sekitar tahun 2008 sehinggalah kini tetap istiqamah memastikan kelancaran pentadbiran PASTI Perak.


Sesungguhnya kami menjadi saksi kerja buat beliau, kesungguhannya, susah senangnya dan jerit perihnya bersama membangunkan PASTI Perak. Tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.


Selain daripada khidmat bersama PASTI, beliau juga terlibat aktif dalam beberapa jawatan dalam PAS. Antaranya adalah :
i. Mantan Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
ii. Mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kampar
iii. Mantan AJK PAS Kawasan Kampar
iv. Mantan Setiausaha PAS Cawangan Malim Nawar

Begitu juga di peringkat PASTI, memulakan perjalanan di peringkat PASTI Cawangan pada tahun 2005, seterusnya berkhidmat sebagai SUK PASTI Perak pada tahun 2008. Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Penaziran PASTI Malaysia kepada 3 orang Ketua Pengarah PASTI Malaysia.


Berehatlah Abang Duan, moga syurga menjadi tempat buatmu asbab pengorbananmu buat perjuangan ini.

🔊 Justeru, PASTI Perak melancarkan sumbangan buat keluarga Almarhum bagi membantu meringankan beban sekeluarga di samping anak-anak beliau ada yang masih belajar di peringkat sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut :
▶️ Bank Muamalat Malaysia Berhad
▶️ Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak
▶️ 08010002075719
▶️ Rujukan : En.Ridzuan
▶️ Tarikh akhir sumbangan : 25 Disember 2021
▶️ Maklumat lanjut, Hubungi Bendahari :
013-442 0048 (Cikgu Maznan)

Mari sama-sama kita membantu. Moga Allah swt sahaja dapat membalas.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!