Informasi Terkini

Sukan Pasti Terus Harum Di Hulu Perak Oleh Pasti Negeri Perak / Jan 29, 2019

Gerik, 31 Mac : PASTI terus mengharumkan namanya setelah berjaya menjuarai Karnival Futsal, Bola Jaring dan Mewarna Daerah Hulu Perak yang anjuran PPD Hulu Perak melalui kontijen PASTI Lenggong (Johan Futsal dan Johan Bola Jaring)  dan kontijen PASTI Gerik (Tempat Ketiga Futsal) pada 31 Mac 2018 bertempat di SK Adika Raja, Gerik. Pertandingan ini telah mengumpulkan hampir seluruh institusi pendidikan pra-sekolah seperti Tadika Islam, Tadika Perpaduan dan banyak lagi.


Menurut Mohd Azahari bin Yahaya (Pengarah PASTI Perak), "Kejayaan PASTI dalam pertandingan ini membuktikan kesungguhan PASTI dan para guru dalam menggilap bakat setiap kanak-kanak."

"PASTI menawarkan peluang kepada semua kanak-kanak untuk mendapat didikan yang seimbang dunia dan akhirat. PASTI bukan sahaja menekankan kecemerlangan dalam akademik bahkan PASTI juga institusi pendidikan yang melahirkan generasi yang cergas, sihat dan pintar."

Berikut adalah keputusan pertandingan :

Futsal
Johan: PASTI Lenggong
Naib Johan: SK Mahkota Sari
Ketiga: PASTI Gerik

Bola Jaring
Johan: PASTI Lenggong
Naib Johan: Tadika Perpaduan
Ketiga : SK (F) Lawin Selatan


KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!