Informasi Terkini

Berita Perak Johan 3K Pasti Malaysia 2019 Oleh Pasti Negeri Perak / Dec 07, 2019

7 Dis 2019, Selayang : Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia 2019 yang diadakan pagi tadi di Hotel Mercure, Selayang, Selangor telah menobatkan PASTI Fikratuzzikrah dari Kampar yang mewakili PASTI Perak sebagai Johan 3K (Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan). 

Anugerah telah disampaikan oleh Ustaz Afnan Hamimi bin Dato' Hj. Taib Azamudden (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia) selaku perasmi majlis.

Sementara itu, Naib Johan telah disandang oleh PASTI Darul Muttaqin dari Kuala Langat, Negeri Selangor. Manakala PASTI As-Siddiqin dari Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula telah mendapat tempat ketiga. 


KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!