Informasi Terkini

Berita Pertemuan Mahabbah Perkukuh Kerjasama Sayap Dppn Perak Oleh Pasti Negeri Perak / Sep 06, 2020

5 Sept 2020, Ipoh : Sesuai dengan tema Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Perak Kali ke-37 bertajuk "Mengurus Kemenangan", Dewan Pemuda PAS Perak terus memperkukuh sayapnya melalui koloborasi Jabatan PASTI Negeri Perak dengan Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dalam suatu majlis mahabbah yang mempertemukan Jawatankuasa Kerja Harian ketiga-tiga entiti iaitu Dewan Pemuda PAS Perak, Jabatan PASTI Negeri Perak dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak.

Pertemuan yang diadakan di pejabat Jabatan PASTI Negeri Perak itu telah berlangsung sekitar sejam dan nyata sangat penting dalam memperkukuh hubungan mesra yang sedia terjalin.

Rombongan Dewan Pemuda PAS Perak telah diketuai Ketua Pemuda sendiri iaitu Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait, sementara Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak telah diketuai sendiri Pengarahnya iaitu Tuan Abdul Karim bin Abdul Rasid dan disambut tuan rumahnnya iaitu Pengarah Jabatan PASTI Negeri Perak, Mohd Azahari Yahaya.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!