Informasi Terkini

Bengkel / Kursus / Seminar Pasti Perak Komited Perkasakan Pengurusan Pasti Oleh Pasti Negeri Perak / Jan 29, 2019

Ipoh, 26 Jan : PASTI Perak terus komited memperkasakan pengurusan PASTI setiap peringkat melalui penganjuran Bengkel Pengurusan PASTI Perak 2019 pada 26 Januari 2019 di Dewan Ar-Ridzuan PASTI Perak, Meru Raya, Ipoh Perak. Bengkel tahunan itu telah dihadiri lebih 200 peserta melibatkan pengurusan PASTI pelbagai peringkat merangkumi keseluruhan 24 kawasan dalam negeri Perak. Pelbagai tajuk penting telah diketengahkan termasuklah panduan pengurusan PASTI, isu-isu perundangan dan pengurusan sistem-sistem terkini.

Baca lagi
Sukan Pasti Terus Harum Di Hulu Perak Oleh Pasti Negeri Perak / Jan 29, 2019

Gerik, 31 Mac : PASTI terus mengharumkan namanya setelah berjaya menjuarai Karnival Futsal, Bola Jaring dan Mewarna Daerah Hulu Perak yang anjuran PPD Hulu Perak melalui kontijen PASTI Lenggong (Johan Futsal dan Johan Bola Jaring)  dan kontijen PASTI Gerik (Tempat Ketiga Futsal) pada 31 Mac 2018 bertempat di SK Adika Raja, Gerik. Pertandingan ini telah mengumpulkan hampir seluruh institusi pendidikan pra-sekolah seperti Tadika Islam, Tadika Perpaduan dan banyak lagi.


Menurut Mohd Azahari bin Yahaya (Pengarah PASTI Perak), "Kejayaan PASTI dalam pertandingan ini membuktikan kesungguhan PASTI dan para guru dalam menggilap bakat setiap kanak-kanak."

"PASTI menawarkan peluang kepada semua kanak-kanak untuk mendapat didikan yang seimbang dunia dan akhirat. PASTI bukan sahaja menekankan kecemerlangan dalam akademik bahkan PASTI juga institusi pendidikan yang melahirkan generasi yang cergas, sihat dan pintar."

Berikut adalah keputusan pertandingan :

Futsal
Johan: PASTI Lenggong
Naib Johan: SK Mahkota Sari
Ketiga: PASTI Gerik

Bola Jaring
Johan: PASTI Lenggong
Naib Johan: Tadika Perpaduan
Ketiga : SK (F) Lawin Selatan


Baca lagi
Artikel Pasti Institusi Yang Semakin Menarik Perhatian Oleh Pasti Negeri Perak / Jan 29, 2019



PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) adalah merupakan sebuah parti politik yang berdaftar di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Selaku sebuah pertubuhan berdaftar, PAS boleh menjalankan aktivitinya. Selain menjalankan aktiviti politik, PAS juga mempunyai aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Di antara aktiviti kemasyarakatan PAS adalah menjalankan aktiviti memberi pendidikan kepada kanak-kanak pra-sekolah yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).
Sejak ditubuhkan pada tahun 1988 dengan matlamat untuk aktiviti kemasyarakatan, aktiviti PASTI bukan sekadar memberi perkhidmatan kepada anak ahli PAS, ia diperluaskan kepada seluruh masyarakat Malaysia.
Memandangkan ia merupakan aktiviti parti, maka aktiviti PASTI digerakkan oleh aktivis-aktivis parti. Selain itu aktivitinya turut dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan.
Berdasarkan situasi di atas, dari segi struktur organisasi serta matlamatnya, PASTI adalah berbeza dengan tadika. Terdapat beberapa salah faham masyarakat yang menyamakan PASTI dengan Tadika.

Saya berkesempatan diberikan peluang untuk mengendalikan beberapa kes PASTI yang dibawa ke mahkamah.
Di antara isu yang diketengahkan adalah status aktivis dan sukarelawan PASTI yang dikatakan sebagai pekerja. Alhamdulillah penerangan dapat diberikan di mahkamah bahawa mereka adalah sukarelawan yang menyumbangkan tenaga untuk menjayakan aktiviti parti bagi membantu institusi pendidikan negara dalam mendidik kanak-kanak pra-sekolah. Oleh itu peruntukan-peruntukan berkenaan pekerja tidak terpakai ke atas aktivis dan sukarelawan ini.
Satu lagi isu yang turut menarik perhatian adalah berkenaan status PASTI yang cuba disamakan dengan Tadika. Alhamdulillah juga penerangan dapat diberikan dan diterima oleh mahkamah bahawa ia adalah merupakan aktiviti bagi satu pertubuhan yang berdaftar di Malaysia. Oleh itu ia adalah berbeza dan perlu dibezakan dengan operasi Tadika. Standard untuk pengoperasian suatu Tadika tidak terpakai ke atas PASTI.

Situasi PASTI yang unik inilah diyakini menjadikan ia semakin menarik perhatian masyarakat baik yang inginkan anak mereka menerima pendidikan PASTI ataupun pihak-pihak yang ingin mengkaji institusi ini. Tahniah diucapkan kepada pencetus PASTI yang menjadikan kedudukan institusi ini sebegini.

MOHD ZAMRI IBRAHIM
Penulis adalah merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara.

Baca lagi
KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!