Informasi Terkini

Berita Pasti Perak Merakamkan Ucapan Takziah Dan Melancarkan Sumbangan Kebajikan Buat Keluarga Almarhum Encik Ridzuan Rashid Oleh Pasti Negeri Perak / Dec 23, 2021

Sungguh kehilangan yang besar buat Jabatan PASTI Negeri Perak, Almarhum Encik Ridzuan Bin Rashid atau lebih mesra kami memanggilnya Abang Duan @ Abang Wan pemergiannya menghadap Illahi.


Abang Duan memulakan khidmatnya sebagai Setiausaha Kerja PASTI Perak sekitar tahun 2008 sehinggalah kini tetap istiqamah memastikan kelancaran pentadbiran PASTI Perak.


Sesungguhnya kami menjadi saksi kerja buat beliau, kesungguhannya, susah senangnya dan jerit perihnya bersama membangunkan PASTI Perak. Tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.


Selain daripada khidmat bersama PASTI, beliau juga terlibat aktif dalam beberapa jawatan dalam PAS. Antaranya adalah :
i. Mantan Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
ii. Mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kampar
iii. Mantan AJK PAS Kawasan Kampar
iv. Mantan Setiausaha PAS Cawangan Malim Nawar

Begitu juga di peringkat PASTI, memulakan perjalanan di peringkat PASTI Cawangan pada tahun 2005, seterusnya berkhidmat sebagai SUK PASTI Perak pada tahun 2008. Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Penaziran PASTI Malaysia kepada 3 orang Ketua Pengarah PASTI Malaysia.


Berehatlah Abang Duan, moga syurga menjadi tempat buatmu asbab pengorbananmu buat perjuangan ini.

🔊 Justeru, PASTI Perak melancarkan sumbangan buat keluarga Almarhum bagi membantu meringankan beban sekeluarga di samping anak-anak beliau ada yang masih belajar di peringkat sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut :
▶️ Bank Muamalat Malaysia Berhad
▶️ Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak
▶️ 08010002075719
▶️ Rujukan : En.Ridzuan
▶️ Tarikh akhir sumbangan : 25 Disember 2021
▶️ Maklumat lanjut, Hubungi Bendahari :
013-442 0048 (Cikgu Maznan)

Mari sama-sama kita membantu. Moga Allah swt sahaja dapat membalas.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

Baca lagi
Berita Tular! Warga Maya Teruja, Murid Pasti Beraksi Oleh Pasti Negeri Perak / Sep 20, 2021

Rata-rata warga maya sangat teruja melihat 20 gambar terbaik aksi comel murid PASTI dan turut memuji idea luar kotak PASTI menganjurkan Pertandingan Tiru Gaya Tokoh Pejuang Kemerdekaan bersempena sambutan kemerdekaan ke-64.


Selepas 48 jam hantaran di laman facebook Jabatan PASTI Negeri Perak itu dipaparkan, ianya telah mencecah lebih 778k capaian dengan 4.5k perkongsian dan 2.9k tanda suka serta 374 komen.


Penyertaan yang menawarkan hadiah RM300 untuk johan disusuli RM200 dan RM100 untuk naib johan serta tempat ketiga ini turut menawarkan hadiah saguhati sehingga tempat ke-20. Ianya telah berjaya menarik penyertaan 45 murid PASTI seluruh Perak.


Jom kita tengok sebahagian reaksi para pembaca seperti di bawah. Jika anda juga ingin turut serta memeriahkan hantaran asal, boleh klik sahaja pautan ini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1752039661660836&id=258697864328364&sfnsn=mo


Manakala gambar para peserta juga boleh dilihat melalui pautan berikut :

https://pastiperak.com/portal/blog/20-gambar-murid-terpilih-tiru-gaya-tokoh-pejuang-kemerdekaan.html



Baca lagi
Berita 20 Gambar Murid Terpilih Tiru Gaya Tokoh Pejuang Kemerdekaan Oleh Pasti Negeri Perak / Sep 20, 2021

Tahniah kepada para pemenang Pertandingan Tiru Gaya Tokoh Pejuang Kemerdekaan PASTI Perak 2021 bersempena Sambutan Kemerdekaan kali ke-64.

Berikut adalah 20 peserta terbaik yang terpilih daripada 45 penyertaan. Semua murid yang telah menyertai pertandingan akan menerima sijil, manakala 20 peserta terbaik akan menerima hadiah beserta sijil dengan hadiah wang tunai terkumpul keseluruhan berjumlah RM1500. Johan akan menerima RM300, Naib Johan RM200, Tempat Ketiga RM100 dan bakinya bagi 17 orang penerima saguhati.


Baca lagi
Berita Hari Guru Pasti Perak 2021, Himpunan Maya Penuh Mahabbah Oleh Pasti Negeri Perak / Jul 04, 2021

Ipoh, 4 Julai : Buat pertama kali dalam sejarah Sambutan Hari Guru PASTI Perak 2021 telah diadakan secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan Covid-19 yang melanda negara sejak akhir 2019. Sekalipun majlis tidak diadakan secara bersemuka, namun kemeriahan dan keceriaannya tetap dirasai oleh lebih 400 orang hadirin yang mengikuti.

Lebih istimewa kali ini, Ustaz Syarhan Humaizi Halim (Ketua Pengarah PASTI Malaysia) yang merupakan perasmi majlis secara rasminya telah melancarkan Tabung Kasih PASTI Perak yang menjadi simbol kesungguhan PASTI Perak membela kebajikan warga PASTI yang diuji dengan pelbagai ujian kesihatan, kesempitan hidup dan seumpamanya.

Sementara itu, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait (Ketua Dewan Pemuda PAS Perak) dalam ucaptama telah menitipkan pesanan kepada para guru agar terus meneroka kaedah pembelajaran secara maya.

Dalam pada itu, muallimah Norisah binti Md Yusof telah menerima Anugerah Tokoh Guru PASTI Perak dan muallimah Suhana binti Awang dari Taiping pula dinamakan sebagai penerima Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat. Muallimah Ramlah binti Bahari dari Parit yang telah dipanggil Ilahi pada akhir Jun lalu pula telah dikenang jasanya dengan Anugerah Khas Majlis Guru PASTI Perak. Seramai 24 guru cemerlang mewakili kawasan masing-masing turut diisytiharkan. Majlis juga turut diserikan dengan persembahan sajak dan perisytiharan pemenang Pertandingan Pencipta Video PDPR seperti berikut :

Pertandingan Pencipta Video PDPR.

👉Kategori Matematik 5 Tahun

JOHAN : Juli Rabbani binti Othman (Taiping)

NAIB JOHAN : Nur Amanina binti shamsul Bharin (Pasir Salak)

KETIGA : Zurina binti Hassan Basri (Padang Rengas)


👉 Kategori Bahasa Arab 6 tahun

JOHAN : Nursuriati binti Md Yusoff (Bagan Serai)

NAIB JOHAN : Nurul shahira binti Mohammad Sham (Parit)

KETIGA : Siti Nadiah binti Muhammad  (Larut)


Baca lagi
Berita Pasti Perak Taja Yuran 10 Orang Murid Oleh Pasti Negeri Perak / Apr 30, 2021

26 April, Ipoh : Melihat perkembangan mutakhir dengan sosio-ekonomi masyarakat yang sedikit terjejas, PASTI Perak mengambil inisiatif mengenalpasti 10 orang murid PASTI di negeri ini yang dihimpit pelbagai ujian dan musibah. 

10 orang murid yang terpilih adalah masing-masing dari PASTI Nurul Iman Beruas, PASTI At-Toyyibah Bagan Serai, PASTI Al-Biruni Lenggong, PASTI Al-Mujahidin Parit, PASTI Al-Ikhwan Gopeng, PASTI Ibnu Taimiyyah Pasir Salak, PASTI Al-Adawiyah Lumut, PASTI Al-Harakiah Tambun, PASTI Ar-Raihan Padang Rengas dan PASTI Ad-Deen Parit Buntar.

Penajaan murid ini adalah projek rintis yang diharap dapat diperluaskan penajaannya kepada sekurang-kurangnya seorang murid di setiap 24 kawasan dalam negeri Perak. Justeru, sokongan serta dokongan kewangan semua dirayu agar hasrat murni ini dapat realisasikan. Bagi PASTI Perak, Walaubagaimana sekalipun latar belakang keluarga, anak-anak sewajarnya berhak mendapat pendidikan yang sebaiknya. Bersama kita semarakan agenda kebajikan dengan menyumbang melalui akaun 08013010083926 Dana Pendidikan Pasti Perak (Bank Islam)


Baca lagi
KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!