Informasi Terkini

Berita Pertemuan Mahabbah Perkukuh Kerjasama Sayap Dppn Perak Oleh Pasti Negeri Perak / Sep 06, 2020

5 Sept 2020, Ipoh : Sesuai dengan tema Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Perak Kali ke-37 bertajuk "Mengurus Kemenangan", Dewan Pemuda PAS Perak terus memperkukuh sayapnya melalui koloborasi Jabatan PASTI Negeri Perak dengan Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dalam suatu majlis mahabbah yang mempertemukan Jawatankuasa Kerja Harian ketiga-tiga entiti iaitu Dewan Pemuda PAS Perak, Jabatan PASTI Negeri Perak dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak.

Pertemuan yang diadakan di pejabat Jabatan PASTI Negeri Perak itu telah berlangsung sekitar sejam dan nyata sangat penting dalam memperkukuh hubungan mesra yang sedia terjalin.

Rombongan Dewan Pemuda PAS Perak telah diketuai Ketua Pemuda sendiri iaitu Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait, sementara Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak telah diketuai sendiri Pengarahnya iaitu Tuan Abdul Karim bin Abdul Rasid dan disambut tuan rumahnnya iaitu Pengarah Jabatan PASTI Negeri Perak, Mohd Azahari Yahaya.

Baca lagi
Berita Pasti Perak Agih Bantuan Lebih Rm55K Sempena Pkp Oleh Pasti Negeri Perak / May 19, 2020

18 Mei 2020, Ipoh : Berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu akibat penularan Covid-19 telah menyebabkan semua premis PASTI seluruh negeri Perak tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Situasi ini telah menyebabkan ramai warga kerja PASTI terjejas. Menyedari keadaan ini, PASTI Perak telah mengambil insiatif mengagihkan sumbangan dalam bentuk barangan dapur kepada seluruh warga kerja PASTI.

Fasa pertama agihan ini telah diagihkan bermula 19 April 2020 melibatkan peruntukan RM43,00.00 dengan RM12,000.00 adalah suntikan daripada PASTI Malaysia yang memberi manafaat kepada hampir 900 orang penerima. Manakala agihan fasa kedua pula lebih tertumpu kepada penerima yang terpilih bermula 16 Mei 2020 melibatkan peruntukan berjumlah RM12,190.00.

Sungguhpun sejumlah besar agihan bantuan telah diedarkan namun jika dinisbahkan dengan jumlah penerima, ia masih tidak memenuhi keperluan sebenar warga kerja PASTI yang terjejas.

Justeru, PASTI Perak amat mengalu-alukan sumbangan masyarakat bagi membantu kelangsungan institusi pendidikan pra-sekolah berteraskan Islam ini untuk mampu bertahan dengan situasi yang tidak menentu ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam (No. Akaun : 08013010083926) atas nama  Dana Pendidikan PASTI Perak.


Baca lagi
Berita Sppm Bakal Lonjak Prestasi Murid Pasti Oleh Pasti Negeri Perak / Dec 20, 2019

19 Dis 2019, Ipoh : Taklimat Sistem Perkembangan Prestasi Murid PASTI (SPPM) Peringkat Negeri Perak yang telah diadakan sebanyak dua sesi hari ini di Dewan Seminar Ar-Ridzuan PASTI Perak telah disampaikan sendiri oleh Mohd Azahari bin Yahaya (Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia Bahagian Sektor Pembangunan Akademik). SPPM yang merupakan olahan sistem kurikulum yang berorientasikan pembinaan prestasi kendiri dalam bentuk kaedah penilaian yang tersendiri.

Ianya bukanlah suatu perkara baharu, namun ianya adalah hasil usaha berterusan oleh pakar rujuk PASTI bagi terus melonjakkan prestasi murid PASTI sesuai dengan tuntutan keperluan masyarakat masa kini. SPPM kini dalam siri jelajah penerangan ke seluruh Malaysia.

Baca lagi
Berita Perak Johan 3K Pasti Malaysia 2019 Oleh Pasti Negeri Perak / Dec 07, 2019

7 Dis 2019, Selayang : Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia 2019 yang diadakan pagi tadi di Hotel Mercure, Selayang, Selangor telah menobatkan PASTI Fikratuzzikrah dari Kampar yang mewakili PASTI Perak sebagai Johan 3K (Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan). 

Anugerah telah disampaikan oleh Ustaz Afnan Hamimi bin Dato' Hj. Taib Azamudden (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia) selaku perasmi majlis.

Sementara itu, Naib Johan telah disandang oleh PASTI Darul Muttaqin dari Kuala Langat, Negeri Selangor. Manakala PASTI As-Siddiqin dari Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula telah mendapat tempat ketiga. 


Baca lagi
Berita Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Perak 2019 Martabatkan Al-Quran Oleh Pasti Negeri Perak / Nov 27, 2019

Hari Anguerah Kecemerlangan PASTI Perak edisi kali telah mencatatkan keistimewaannya tersendiri apabila telah mengentengahkan 2 insan istimewa yang dekat dengan Al-Quran. Mereka yang dimaksudkan ialah Sdr. Mazli yang merupakan seorang OKU yang hilang keupayaan melihat tetapi di dadanya tersemat 30 juzuk Al-Quran. Beliau telah memperdengarkan bacaan hafazannya kepada para hadirin sempena pembukaan majlis ini. Manakala seorang lagi, adik Nur Rania Azzahara bt Abdul Hafiz dari PASTI Beruas yang telah menerima Anugerah Murid Pra Tahfiz Terbaik PASTI Perak 2019.


Majlis yang gilang-gemilang itu telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Ustaz Akmal bin Kamaruddin yang merupakan ADUN Selama merangkap Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak.


Berikut adalah senarai penuh penerima:


Anugerah Murid Pra Tahfiz Terbaik PASTI Perak

NUR RANIA AZZAHARA BT ABDUL HAFIZ (PASTI Beruas)


Anugerah Murid Terbaik PASTI Perak 6 tahun

Johan : AISAR KASHFINA BT MUHAMMAD (Tambun)

Naib Johan : NOR ILHAM HIBATULLAH B NOR HISAM (Teluk Intan)

Ketiga : AUFA MARDHIAH BT MOHD KHUSAIRI (Larut)


Anugerah Murid Terbaik PASTI Perak 5 tahun 

Johan : DAFFA FAHIM RIZQI B A.SARIHAT (Bgn Serai)

Naib Johan : MUHAMMAD MURBHID B MUHAMMAD ISMI (Parit)

Ketiga : ADAM B ZULKIFLI (Pasir Salak)



Anugerah PASTI Kawasan Terbaik :

PASTI Larut



Anugerah MGP (Majlis Guru PASTI) Terbaik :

MGP Bagan Serai



Anugerah Pertambahan Murid Teramai :

PASTI Bukit Gantang

Baca lagi
KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!