Informasi Terkini

Artikel 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗟𝗟𝗜𝗠𝗔𝗛 𝗭𝗔𝗛𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗨𝗞𝗧𝗔𝗥 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗞 𝗜𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗔𝗠𝗜 Oleh Pasti Negeri Perak / Jan 13, 2025

21 Julai 2024 : Selepas asar tadi, Ustaz Luqman Khairi (Pengarah PASTI Perak) bersamaa Ustaz Nurhafizul Badrul Hisham (Ketua Pemuda PAS Teluk Intan merangkap Setiausaha PAS Perak) telah menziarahi Muallimah Zaharah Muktar, guru PASTI Ibnu Khaldun Teluk Intan yang telah kematian suaminya pada 3 Julai lalu.
Terdahulu difahamkan suaminya telah menerima serangan jantung ketika Hari Raya Aidiladha sebelum dikejarkan dan ditahan di hospital.
Arwah telah meninggalkan muallimah bersama 5 orang cahaya mata.
Kita doakan semoga muallimah dan anak-anak tabah serta cekal atas ujian berat yang sedang dihadapi.


Baca lagi
Artikel 𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗔𝗗𝗜𝗞 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗡𝗔, 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗡𝗨𝗥𝗨𝗟 𝗝𝗔𝗨𝗛𝗔𝗥 Oleh Pasti Negeri Perak / Jan 13, 2025

17 Oktober 2024: Pagi ini YB Ust Hafez Sabri, Ketua Pemuda PAS Perak diiringi Sdr. Abd Hadi, Pen.S/U DPPN Perak dan Ust Luqman Khairi, Pengarah PASTI Perak telah berkunjung ke PASTI Nurul Jauhar dan kediaman keluarga adik Nurul Medina Insyirah, murid 6 tahun PASTI berkenaan.
Hadir sama YB Ust Faisal, ADUN Trong.
Kita berharap agar keluarga ini kuat serta tabah mengharungi ujian yang sedang dihadapi dan mendoakan semoga semuanya akan berkesudahan dengan baik.

Baca lagi
Artikel 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 Oleh Pasti Negeri Perak / Jan 13, 2025

"..jam 2 pagi kami datang PASTI angkat buku letak tempat tinggi.." kongsi guru PASTI Raudhatul Nadwah yang kali pertama dilanda banjir.
1 Januari 2025: Susulan banjir yang melanda Kelantan, rombongan Jabatan PASTI Negeri Perak telah mengatur sesi ziarah dan serahan sumbangan bantuan banjir kepada beberapa PASTI cawangan di Kelantan.
Rombongan yang diketuai Ustaz Luqman Khairi (Pengarah PASTI Perak) diiringi Ust M. Nasir Nafiah (Tim.Pengarah Bhg. Pengurusan PASTI Perak) dan Ustaz Maznan Abd Razak (Bendahari PASTI Perak) telah disambut oleh Sdr. Auzani Akramin Ahmad (wakil PASTI Kelantan) dan Ustaz M. Azan (Pengerusi PASTI Kawasan Pasir Mas).
Rombongan ziarah telah menyantuni beberapa buah PASTI berikut :
1.PASTI Al-Hidayah, Panglima Bayu, Jeli.
2.PASTI Nurul Iman, Kg.Terasil, Tanah Merah.
3.PASTI Ibaadurrahman, Jejawi, Pasir Mas.
4.PASTI Al-Ukhuwwah, Meranti, Pasir Mas.
5.PASTI Raudhatul Nadwah, Pangkal Kala, Pasir Mas.
Keseluruhan jumlah serahan termasuk melalui PASTI Kelantan adalah berjumlah RM10,000.00 hasil sumbangan orang ramai yang telah berjaya dikumpulkan. Ziarah ini adalah tanda kebersamaan PASTI Perak kepada warga PASTI Kelantan yang diuji dengan musibah banjir.


Baca lagi
Artikel 𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 Oleh Pasti Negeri Perak / Jan 13, 2025

10 Januari 2025, Taiping: Petang ini rombongan PASTI Perak diketuai Ustaz Luqman Khairi (Pengarah PASTI Perak) bersama Cikgu Fauzi Nisab (Tim.Pengarah Bhg Ekonomi PASTI Perak) dan Cikgu Fazrul Halim (Unit Kurikulum PASTI Perak) telah menziarahi Tuan Abd Karim Abd Rashid (Pengarah JAM Perak) yang sedang menjalani rawatan di Hospital Taiping.
Beliau sebelum ini yang diuji dengan serangan jantung pada 7 Januari telah dikerjakan ke Hospital Kuala Kangsar terlebih dahulu sebelum dirujuk ke Hospital Taiping.
Alhamdulillah, perkembangan terkini keadaan kesihatannya semakin baik. Kita doakan semoga beliau terus kuat dan kembali sembuh.

Baca lagi
Artikel 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛! 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗡𝗔𝗜𝗕 𝗝𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗔 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗞 & 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗔 𝗝𝗔𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗕𝗦𝗕𝗝 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟰 Oleh Pasti Negeri Perak / Jan 13, 2025



Tahniah kepada kontinjen PASTI Perak yang telah berjaya meneruskan momentum kecemerlangan setelah berjaya menjulang piala naib johan bola sepak dan tempat ketiga bola jaring.
Jerih payah usaha seluruh kontinjen akhirnya membuahkan hasilnya. Sesungguhnya kalian adalah kebanggaan seluruh warga Perak.
Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Skuad Bola Sepak Seladang akhirnya berjaya menjulang piala Naib Johan Bola Sepak Kejohanan Sukan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Malaysia 2024 setelah mengharungi pelbagai cabaran.
Peringkat Kumpulan
Perak 2-0 Perlis
Perak 0-3 Selangor
Perak 0-1 Pahang
(Layak 2 daripada 3 terbaik setiap kumpulan)
Suku Akhir
Perak 1-0 Kelantan
Separuh Akhir
Perak 3-1 Pahang
Akhir
Perak 0-1 Selangor

Wirawati bola jaring PASTI Perak telah mempamerkan aksi cemerlang sehingga berjaya meraih kedudukan Tempat Ketiga Bola Jaring Kejohanan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Malaysia 2024.
Peringkat Kumpulan
Perak 5-1 Negeri Sembilan
Perak 6-3 Pahang
Perak 12-0 Kelantan
Perak 4-6 Sabah
Suku Akhir
Perak 11-5 Terengganu
Separuh Akhir
Perak 3-10 Selangor
Ketiga & Keempat
Perak 7-4 Negeri Sembilan

Baca lagi
KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!