
Bertepatan dengan kempen Tahun Melawat Perak 2024, Kejohanan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Negeri Perak 2024 telah mengetengahkan tema perbarisan kontinjen berasaskan identiti dan keunikan daerah masing-masing dalam negeri Perak. Pelbagai penampilan telah mencuri tumpuan antaranya pesawah dari Parit Buntar, Menara Condong Teluk Intan, persalinan kesultanan dari Bandar Diraja, ketokohan ulama Padang Rengas, Proton City Tanjung Malim, Kapal Korek di Kampar, Perak Man dari Lenggong, Gua Tempurung Gopeng, Bilis Mata Biru dari Lumut, Harimau dari Gerik serta banyak lagi.
Kejohanan penuh gilang-gemilang yang berlangsung pada 20-21 Julai di MISA Manjung ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Ustaz Mohd Hafez Sabri (Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia merangkap ADUN Manjoi).
Kejohanan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Negeri Perak 2024 semalam telah menutup tirainya dengan penuh aksi dramatik. Para pasukan telah menunjukkan saingan sengit bermula peringkat kumpulan hingga ke aksi final. Sekalipun dicabar sengit, Lumut akhirnya berjaya mempertahankan kejuaraan bagi acara bola jaring setelah berjaya menafikan kemaraan Teluk Intan 7-2. Manakala Parit Buntar tewas kepada Tanjung Malim dalam penentuan peringkat ketiga dan keempat 3-5.
Bagi acara bola sepak pula menyaksikan Tambun tidak dapat mempertahankan kejuaraan setelah Taiping kembali merampas kedudukan tersebut melalui aksi panas yang berkesudahan 0-3. Parit Buntar pula telah berjaya meletakkan diri di kedudukan ketiga setelah berjaya menjinakkan Sungai Siput 1-0.
Bagi acara perbarisan dengan tema berasaskan identiti daerah, keputusannya adalah seperti berikut :
Johan : Parit
Naib Johan : Pasir Salak
Ketiga : Parit Buntar
Keempat : Kuala Kangsar
Kelima : Lenggong
Tahniah kepada semua kontinjen atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan. Kita cipta kenangan indah anak-anak PASTI di gelanggang BSBJ PASTI Negeri Perak 2024.

18 Feb, Ulu Kuang, Chemor : Melabuhkan tirai penggal sesi persekolahan 2023/2024, Majlis Anugerah Prestasi PASTI Perak 2023 telah diadakan bagi meraikan kecemerlangan dan pencapaian murid serta pengurusanPASTI.
Majlis yang dirasmikan oleh YB Ustaz Mohd Hafez Sabri(Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia merangkap ADUN Manjoi) itu turut dihadirioleh Ustaz Omar bin Adam (Naib Ketua Pemuda PAS Perak).
Majlis telah diserikan dengan persembahan oleh murid-muridPASTI seperti bercerita, sajak dan pidato. Penyampaian dimulakan dengan penghargaan kepada PASTI Kawasan yang mewakili PASTI Perakke Kejohanan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring melibatkan PASTI Tambun, PASTILumut dan PASTI Taiping dan penghargaan kepada PASTI Kawasan yang mewakili PASTI Perakke Alam Ria PASTI Malaysia 2023 :
PASTI Tanjung Malim - Pidato
PASTI Tapah - Sajak L
PASTI Bagan Serai - Sajak P
PASTI Parit - Azan
PASTI Lumut - Bercerita L
PASTI Taiping - Nasyid dan Bercerita P
PASTI Parit Buntar - Khutbah
PASTI Ipoh Timur - Hafazan L
PASTI Beruas - Hafazan P
Kalam Jamaie - Pasir Salak
Alumni Cemerlang PASTI Perak 2023 (Kategori Sekolah Rendah)
MUHAMMMAD FAIQ AMSYAR BIN AMIR SYARIFUDIN
Alumni Cemerlang PASTI Perak 2023 (Kategori SekolahMenengah)
MUHAMMAD ALIF BIN ANUAR
Anugerah Pengurus Paling Lama Berkhidmat PASTI Perak 2023
AHMAD NAJIB BIN SAPAR
Anugerah PASTI Cawangan Terbaik 2023
PASTI AL-IKHWAN, PASIR SALAK.
Anugerah Majlis Guru PASTI Kawasan Terbaik 2023
MGP Parit Buntar
Pertandingan 3K (Kategori Rumah Kediaman)
Johan : PASTI Al-Mujahideen, Parit Buntar.
Naib Johan : PASTI AL-Haqq, Kuala Kangsar.
Ketiga : PASTI Wadi Iman, Gopeng.
PASTI Kawasan Terbaik
PASTI TAMBUN
Seramai 24 orang murid mewakili kawasan masing-masing telahmenerima Anugerah Mumtaz PASTI Perak dan adik Nur Aqilla Raisya binti MohdEffendy dari PASTI Lumut telah dipilih sebagai Tokoh Murid PASTI Perak 2023.Berikut adalah senarai nama penerima Anugerah Mumtaz PASTI Perak 2023 :
1. Siti Khadijah bintiMuhammad Hafizi - Gerik
2. Asma' Azzahra binti AnasAkmal – Lenggong
3. Nurul Hana Najihah bintiMuhammad Salman – Larut
4. Usamah Zayd Alharith binMuhammad Fadzli - Parit Buntar
5. Abid Mukhlis bin Nizamuddin- Bagan Serai
6. Airis Fatima binti AhmadZulqarnain – Taiping
7. Muhammad Aqeef Danish binElias - Bukit Gantang
8. Huda Husna binti MahisanAswadi - Padang Rengas
9. Muhammad Zahin bin MohdZulshamel - Sungai Siput
10. Muhammad Izzul Fahmi bin Ismail – Tambun
11. Hudan Najhan bin Mohd Mukhlis Muadzam - Ipoh Timur
12. Miesya Nur Fathiyya binti Mohd Faiz - Ipoh Barat
13. Naurah Haseena binti Muhammad Abdullah Sani - Batu Gajah
14. Eshal Fathia binti Esran Fadhel - Kuala Kangsar
15. Nur Fasihatul Yusraa binti Muhammad Hazim – Beruas
16. Mior Muhammad Muhaimin bin Busman Baki – Parit
17. Nur Aqilla Raisya binti Mohd Effendy – Lumut
18. Aisyah Humaira binti Muhammad Shah Rizal – Kampar
19. Muhammad Luthfi bin Khairol Azli – Gopeng
20. Hala Basmah Binti Muhd Taufik - Tapah
21. Muhammad Harith Nuruddin bin Mohd Shahaib - Teluk Intan
22. Aaira Ameena binti Muhammad Aiman Afiq - Pasir Salak
23. Nur Iris Marissa binti Mohd Rosdan - Tanjung Malim
24. Aqil bin Mohamad Khairi - Bagan Datuk

Meriah! Itulah perkataan yang tepat untuk mengambarkan suasana penganjuran Fun Run PASTI Perak 2023 pada 23 September 2023. Program tahunan itu telah mendapat sambutan luar biasa apabila had penyertaan terpaksa ditambah sehingga 400 orang peserta dari seluruh kawasan di negeri Perak.
Bagi edisi kali ini, Kuala Kangsar telah terpilih sebagai tuan rumah dengan laluan yang mengelilingi Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Program yang dihadiri ribuan hadirin itu telah dirasmikan oleh YB Berhanudin Ahmad (YDP PAS Kuala Kangsar merangkap ADUN Manong). Turut menyampaikan ialah Ustaz Shukri Alimar Shidi (Ketua Sektor Pendidikan DPPN Perak) dan Ustaz Luqman Khairi (Pengarah PASTI Perak). Program turut digamatkan dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk 3 hadiah utama iaitu basikal.
Sekalung penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua penaja dan petugas yang telah menjayakan program :
Pasaraya Sakan Kuala Kangsar
Sabun Rakyat
Pusat Khidmat ADUN Manong
Suffy
Dewan Pemuda PAS Kuala Kangsar
PASTI Kuala Kangsar
Jabatan Amal Malaysia
DACS
ARC
Briged Muslimat
KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!
Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!