Informasi Terkini

Berita Hari Guru Pasti Perak 2021, Himpunan Maya Penuh Mahabbah Oleh Pasti Negeri Perak / Jul 04, 2021

Ipoh, 4 Julai : Buat pertama kali dalam sejarah Sambutan Hari Guru PASTI Perak 2021 telah diadakan secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan Covid-19 yang melanda negara sejak akhir 2019. Sekalipun majlis tidak diadakan secara bersemuka, namun kemeriahan dan keceriaannya tetap dirasai oleh lebih 400 orang hadirin yang mengikuti.

Lebih istimewa kali ini, Ustaz Syarhan Humaizi Halim (Ketua Pengarah PASTI Malaysia) yang merupakan perasmi majlis secara rasminya telah melancarkan Tabung Kasih PASTI Perak yang menjadi simbol kesungguhan PASTI Perak membela kebajikan warga PASTI yang diuji dengan pelbagai ujian kesihatan, kesempitan hidup dan seumpamanya.

Sementara itu, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait (Ketua Dewan Pemuda PAS Perak) dalam ucaptama telah menitipkan pesanan kepada para guru agar terus meneroka kaedah pembelajaran secara maya.

Dalam pada itu, muallimah Norisah binti Md Yusof telah menerima Anugerah Tokoh Guru PASTI Perak dan muallimah Suhana binti Awang dari Taiping pula dinamakan sebagai penerima Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat. Muallimah Ramlah binti Bahari dari Parit yang telah dipanggil Ilahi pada akhir Jun lalu pula telah dikenang jasanya dengan Anugerah Khas Majlis Guru PASTI Perak. Seramai 24 guru cemerlang mewakili kawasan masing-masing turut diisytiharkan. Majlis juga turut diserikan dengan persembahan sajak dan perisytiharan pemenang Pertandingan Pencipta Video PDPR seperti berikut :

Pertandingan Pencipta Video PDPR.

👉Kategori Matematik 5 Tahun

JOHAN : Juli Rabbani binti Othman (Taiping)

NAIB JOHAN : Nur Amanina binti shamsul Bharin (Pasir Salak)

KETIGA : Zurina binti Hassan Basri (Padang Rengas)


👉 Kategori Bahasa Arab 6 tahun

JOHAN : Nursuriati binti Md Yusoff (Bagan Serai)

NAIB JOHAN : Nurul shahira binti Mohammad Sham (Parit)

KETIGA : Siti Nadiah binti Muhammad  (Larut)


Baca lagi
Berita Pasti Perak Taja Yuran 10 Orang Murid Oleh Pasti Negeri Perak / Apr 30, 2021

26 April, Ipoh : Melihat perkembangan mutakhir dengan sosio-ekonomi masyarakat yang sedikit terjejas, PASTI Perak mengambil inisiatif mengenalpasti 10 orang murid PASTI di negeri ini yang dihimpit pelbagai ujian dan musibah. 

10 orang murid yang terpilih adalah masing-masing dari PASTI Nurul Iman Beruas, PASTI At-Toyyibah Bagan Serai, PASTI Al-Biruni Lenggong, PASTI Al-Mujahidin Parit, PASTI Al-Ikhwan Gopeng, PASTI Ibnu Taimiyyah Pasir Salak, PASTI Al-Adawiyah Lumut, PASTI Al-Harakiah Tambun, PASTI Ar-Raihan Padang Rengas dan PASTI Ad-Deen Parit Buntar.

Penajaan murid ini adalah projek rintis yang diharap dapat diperluaskan penajaannya kepada sekurang-kurangnya seorang murid di setiap 24 kawasan dalam negeri Perak. Justeru, sokongan serta dokongan kewangan semua dirayu agar hasrat murni ini dapat realisasikan. Bagi PASTI Perak, Walaubagaimana sekalipun latar belakang keluarga, anak-anak sewajarnya berhak mendapat pendidikan yang sebaiknya. Bersama kita semarakan agenda kebajikan dengan menyumbang melalui akaun 08013010083926 Dana Pendidikan Pasti Perak (Bank Islam)


Baca lagi
Berita Pertemuan Mahabbah Perkukuh Kerjasama Sayap Dppn Perak Oleh Pasti Negeri Perak / Sep 06, 2020

5 Sept 2020, Ipoh : Sesuai dengan tema Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Perak Kali ke-37 bertajuk "Mengurus Kemenangan", Dewan Pemuda PAS Perak terus memperkukuh sayapnya melalui koloborasi Jabatan PASTI Negeri Perak dengan Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dalam suatu majlis mahabbah yang mempertemukan Jawatankuasa Kerja Harian ketiga-tiga entiti iaitu Dewan Pemuda PAS Perak, Jabatan PASTI Negeri Perak dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak.

Pertemuan yang diadakan di pejabat Jabatan PASTI Negeri Perak itu telah berlangsung sekitar sejam dan nyata sangat penting dalam memperkukuh hubungan mesra yang sedia terjalin.

Rombongan Dewan Pemuda PAS Perak telah diketuai Ketua Pemuda sendiri iaitu Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait, sementara Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak telah diketuai sendiri Pengarahnya iaitu Tuan Abdul Karim bin Abdul Rasid dan disambut tuan rumahnnya iaitu Pengarah Jabatan PASTI Negeri Perak, Mohd Azahari Yahaya.

Baca lagi
Berita Pasti Perak Agih Bantuan Lebih Rm55K Sempena Pkp Oleh Pasti Negeri Perak / May 19, 2020

18 Mei 2020, Ipoh : Berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu akibat penularan Covid-19 telah menyebabkan semua premis PASTI seluruh negeri Perak tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Situasi ini telah menyebabkan ramai warga kerja PASTI terjejas. Menyedari keadaan ini, PASTI Perak telah mengambil insiatif mengagihkan sumbangan dalam bentuk barangan dapur kepada seluruh warga kerja PASTI.

Fasa pertama agihan ini telah diagihkan bermula 19 April 2020 melibatkan peruntukan RM43,00.00 dengan RM12,000.00 adalah suntikan daripada PASTI Malaysia yang memberi manafaat kepada hampir 900 orang penerima. Manakala agihan fasa kedua pula lebih tertumpu kepada penerima yang terpilih bermula 16 Mei 2020 melibatkan peruntukan berjumlah RM12,190.00.

Sungguhpun sejumlah besar agihan bantuan telah diedarkan namun jika dinisbahkan dengan jumlah penerima, ia masih tidak memenuhi keperluan sebenar warga kerja PASTI yang terjejas.

Justeru, PASTI Perak amat mengalu-alukan sumbangan masyarakat bagi membantu kelangsungan institusi pendidikan pra-sekolah berteraskan Islam ini untuk mampu bertahan dengan situasi yang tidak menentu ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam (No. Akaun : 08013010083926) atas nama  Dana Pendidikan PASTI Perak.


Baca lagi
Berita Sppm Bakal Lonjak Prestasi Murid Pasti Oleh Pasti Negeri Perak / Dec 20, 2019

19 Dis 2019, Ipoh : Taklimat Sistem Perkembangan Prestasi Murid PASTI (SPPM) Peringkat Negeri Perak yang telah diadakan sebanyak dua sesi hari ini di Dewan Seminar Ar-Ridzuan PASTI Perak telah disampaikan sendiri oleh Mohd Azahari bin Yahaya (Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia Bahagian Sektor Pembangunan Akademik). SPPM yang merupakan olahan sistem kurikulum yang berorientasikan pembinaan prestasi kendiri dalam bentuk kaedah penilaian yang tersendiri.

Ianya bukanlah suatu perkara baharu, namun ianya adalah hasil usaha berterusan oleh pakar rujuk PASTI bagi terus melonjakkan prestasi murid PASTI sesuai dengan tuntutan keperluan masyarakat masa kini. SPPM kini dalam siri jelajah penerangan ke seluruh Malaysia.

Baca lagi
KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!