
Ipoh, 4 Julai : Menyedari ramai warga PASTI yang dihimpit ujian hidup, ditimpa musibah dan diduga dengan pelbagai sakit kronik, malahan premis PASTI yang uzur, maka PASTI Perak menggandakan agenda kebajikan dengan menubuhkan Tabung Kasih PASTI Perak.
Bagi merealisasikan hasrat membela kebajikan warga PASTI, sebanyak RM30,000.00 kutipan disasarkan. Sehingga kini, sumbangan dana dari pelbagai pihak telah mencecah RM15,029.48, sekaligus bermaksud
RM14,970.52 masih diperlukan bagi menjayakannya.
Setakat ini seramai 21 orang warga PASTI telah menerima manfaat berbentuk sumbangan wang tunai dan barangan keperluan. 10 daripadanya adalah dari kalangan murid PASTI kurang berkemampuan yang dibantu bayaran yurannya secara bulanan.


Ipoh, 4 Julai : Buat pertama kali dalam sejarah Sambutan Hari Guru PASTI Perak 2021 telah diadakan secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan Covid-19 yang melanda negara sejak akhir 2019. Sekalipun majlis tidak diadakan secara bersemuka, namun kemeriahan dan keceriaannya tetap dirasai oleh lebih 400 orang hadirin yang mengikuti.
Lebih istimewa kali ini, Ustaz Syarhan Humaizi Halim (Ketua Pengarah PASTI Malaysia) yang merupakan perasmi majlis secara rasminya telah melancarkan Tabung Kasih PASTI Perak yang menjadi simbol kesungguhan PASTI Perak membela kebajikan warga PASTI yang diuji dengan pelbagai ujian kesihatan, kesempitan hidup dan seumpamanya.
Sementara itu, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait (Ketua Dewan Pemuda PAS Perak) dalam ucaptama telah menitipkan pesanan kepada para guru agar terus meneroka kaedah pembelajaran secara maya.
Dalam pada itu, muallimah Norisah binti Md Yusof telah menerima Anugerah Tokoh Guru PASTI Perak dan muallimah Suhana binti Awang dari Taiping pula dinamakan sebagai penerima Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat. Muallimah Ramlah binti Bahari dari Parit yang telah dipanggil Ilahi pada akhir Jun lalu pula telah dikenang jasanya dengan Anugerah Khas Majlis Guru PASTI Perak. Seramai 24 guru cemerlang mewakili kawasan masing-masing turut diisytiharkan. Majlis juga turut diserikan dengan persembahan sajak dan perisytiharan pemenang Pertandingan Pencipta Video PDPR seperti berikut :
Pertandingan Pencipta Video PDPR.
👉Kategori Matematik 5 Tahun
JOHAN : Juli Rabbani binti Othman (Taiping)
NAIB JOHAN : Nur Amanina binti shamsul Bharin (Pasir Salak)
KETIGA : Zurina binti Hassan Basri (Padang Rengas)
👉 Kategori Bahasa Arab 6 tahun
JOHAN : Nursuriati binti Md Yusoff (Bagan Serai)
NAIB JOHAN : Nurul shahira binti Mohammad Sham (Parit)
KETIGA : Siti Nadiah binti Muhammad (Larut)

26 April, Ipoh : Melihat perkembangan mutakhir dengan sosio-ekonomi masyarakat yang sedikit terjejas, PASTI Perak mengambil inisiatif mengenalpasti 10 orang murid PASTI di negeri ini yang dihimpit pelbagai ujian dan musibah.
10 orang murid yang terpilih adalah masing-masing dari PASTI Nurul Iman Beruas, PASTI At-Toyyibah Bagan Serai, PASTI Al-Biruni Lenggong, PASTI Al-Mujahidin Parit, PASTI Al-Ikhwan Gopeng, PASTI Ibnu Taimiyyah Pasir Salak, PASTI Al-Adawiyah Lumut, PASTI Al-Harakiah Tambun, PASTI Ar-Raihan Padang Rengas dan PASTI Ad-Deen Parit Buntar.
Penajaan murid ini adalah projek rintis yang diharap dapat diperluaskan penajaannya kepada sekurang-kurangnya seorang murid di setiap 24 kawasan dalam negeri Perak. Justeru, sokongan serta dokongan kewangan semua dirayu agar hasrat murni ini dapat realisasikan. Bagi PASTI Perak, Walaubagaimana sekalipun latar belakang keluarga, anak-anak sewajarnya berhak mendapat pendidikan yang sebaiknya. Bersama kita semarakan agenda kebajikan dengan menyumbang melalui akaun 08013010083926 Dana Pendidikan Pasti Perak (Bank Islam)
KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!
Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!