
16 Jun, Ipoh : Rombongan PASTI Perak yang diketuai Pengarahnya, Mohd Azahari bin Yahaya telah mengambil inisiatif menziarah mantan-mantan Pengarah PASTI Perak di kediaman masing-masing sekitar Seri Iskandar dan Teluk Intan iaitu:
Tn Hj Hassan Aladi (2005-2012)
Cikgu Rostam bin Malek (2003-2004)
Cikgu Abidin bin Sharif (1997 - 1999)
PASTI Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian mereka menerima kunjungan ini serta berkongsi mutiara ilmu yang bermakna buat panduan meneraju PASTI Perak.
Bukit Merah, 22 Jun : Sambutan Hari Guru PASTI Perak 2019 bertemakan Guru MurabbiPenyatu Ummah telah diadakan pada 22 Jun 2019 bertempat di Dewan Kaloi BukitMerah Lake Town Resort. Majlis yang telah dimulakan dengan bacaan doa danalunan lagu asma’ al-husna, lagu negaraku dan lagu guru PASTI sebelum disusulidengan bacaan ikrar. Sesi ucapan telah menampilkan Muallimah Faridah Dawam (PengerusiMajlis Guru PASTI Negeri Perak) berucap mewakili seluruh guru PASTI Perak danUstaz Azahari bin Yahaya (Pengarah Jabatan PASTI Negeri Perak) berucapmenyampaikan amanat dan hasratnya. Melengkapkan ucapan perasmian majlis, UstazHafez Sabri (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak) selaku perasmi telahmelontarkan kalam perjuangannya, meniupkan obor semangat kepada para hadirindan turut berkongsi nostalgianya di bangku persekolahan PASTI. Majlis turut dimeriahkandengan disulami sesi penyampaian hadiah cabutan bertuah.
Gugur air mata hadirin apabila seluruh dewan diselubungirasa pilu dan sedih tatkala 3 orang guru tampil mendeklamasikan sajak berkisarpersahabatan hingga ke syurga yang meruntun hati sebelum semua hadirin menyanyikan lagu TemanSejati nyayian Brother dengan penuh emosi.
Pengarah PASTI Perak kemudiannya menyentuh hati hadirindengan puisi nukilannya bertajuk “Amanat Terakhir : Bahagia” melengkapkan sesipersembahan sempena sambutan sesi kali ini.
Sesi penyampaian hadiah pula telah dimulakan denganpenyampaian kepada pemenang beberapa acara yang turut dipertandingan seperti PertandinganMemasak Udang Kunyit, Pertandingan Mengubah Gula-gula dan Pertandingan InovasiBahan Bantuan Mengajar sebelum diakhiri dengan penyampaian Anugerah GuruCemerlang Kawasan-kawasan dan anugerah utama seperti di berikut:
Anugerah Tokoh Guru PASTI Perak 2019 : Nafisah binti Che Man
Anugerah Khas Majlis Guru PASTI Perak 2019 : Suhana bintiAwang
Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat PASTI Perak 2019 : SitiHamimah binti Jalil

Guru
Dengarlah dengan hatimu
Pesan yang datang dari hatiku
Kerna akhirnya masa itu
Seolah semakin dekat buatku
Guru
Allah sedang menguji kita
Dengan susah dan bahagia
Sebagai cubaan semata
Kerna akan kembalinya kita
Kepada Tuhan Maha Pencipta
Guru
Jadikanlah seumur hidupmu
Seperti Ramadhan
Supaya nanti matimu
Seperti Hari Kemenangan
Guru
Ingatlah..
Yang paling kaya bukanlah yang punya paling banyak harta
Tetapi ialah yang keinginnya paling sedikit untuk dunia
Guru
Biarlah sehebat mana kita
Berlembutlah dan senyumlah kepada dia
Kerana di situlah adanya bahagia
Buat anak-anak penawar duka
Guru
Doa yang terhebat untukmu ialah doa daripada ibumu
Maka janganlah berhenti berdoa kerana dirimu seolah ibu
Bagi ramainya anak didikmu
Guru
Kadang-kadang kita sibuk mencari bahagia
Tetapi kita sering lupa membuka Al-Quran di depan mata
Usah ditinggal walau semuka
Kerna di situlah punca bahagia
Guru
Semakin besar ujian
Semakin besar ganjaran
Sabarlah dengan penuh yakin
Allah akan hantar bantuan
Guru
Untuk setiap luka dan air mata
Cerita dan harapan
Yang tak kesampaian
Zahirkanlah dalam sujud pada Tuhan
Hana di situ kau akan temu jawapan
Guru
Bilamana rapatnya dirimu dengan Dia
Bahagia akan rapat ke jiwa
Hanya dengan itu dirimu dapat membahagia
Anak-anak tanpa dosa
Dan jua insan tercinta
Guru
Jika yang dikejar itu pujinya manusia
Percayalah kau akan kecewa dan putus asa
Jika redhanya Tuhan yang dicari
InshaAllah akan tenanglah hati
Guru
Jangan ditunggu bahagia untuk senyum
Namun tersenyumlah
InshaAllah, bahagia itu datang kepadamu
Guru
Jangan ditunggu kaya untuk bersedakah
Namun bersedekahlah,
InshaAllah, kamulah orang yang kaya di sana
Guru
Jangan ditunggu masa lapang untuk berjuang
Namun berjuanglah,
InshaAllah, Allah akan melapangkan masa buatmu
Guru
Kita tidak punya banyak masa
Untuk menunggu saat itu tiba
Biarlah kita menemui Maha Pencipta
Dalam redha penuh bahagia
Selamat Hari Guru 2019
Ikhlas dariada
Abu Dzar
Pengarah Jabatan PASTI Negeri Perak

Ipoh, 25 Mei : Sampul raya PASTI dengan tema "Sejahtera Bersama Islam" nyata menjadi rebutan semua apabila hampir keseluruhan sampul yang dicetak kini telah diedarkan ke seluruh negeri Perak bagi memenuhi tempahan. Sungguhpun begitu, bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk menempah sampul raya PASTI, stok untuk pembelian terus turut disediakan yang boleh didapati melalui setiap cawangan PASTI di negeri Perak atau melalui wakil-wakil PASTI di setiap kawasan atau boleh terus ke pejabat PASTI Negeri Perak pada waktu pejabat melalui alamat No.5 & 5A, Jalan Meru Bestari A4/1, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, Ipoh.

Ipoh, 23 Mei : Memahami penderitaan dan kesusahan yang terpaksa dilalui oleh segelintir masyarakat dengan dugaan kesihatan khususnya warga PASTI atau ahli keluarga mereka, PASTI Perak telah mengambil inisatif menggerakan Kembara Ramadhan PASTI Perak ke seluruh negeri Perak menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada mereka. Sumbangan yang disampaikan sepanjang Ramadhan ini melibatkan 31 orang penerima dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM8300. Agihan sumbangan ini yang diharap dapat meringankan beban yang ditanggung mereka serta menzahirkan kebersamaan dan sokongan kepada mereka untuk kembali sihat.
KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!
Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!